Wah wah Pak do rajin sungguh bertanam seolah olah pak do ajak sama Pak lebai ikut sama berkebun adakah pak do belajar dengan Jabatan Pertanian. Tanah Pak lebai ada tapi tak sempat nak usaha kerana selalu balik lambat bertugas untuk negara katakan. ----- Original Message ----- From: Pakdo To: [email protected] Sent: Thursday, April 05, 2007 3:05 PM Subject: Re: [Pesisir] Mlayu Mudoh Lupo Diri
Tok Ayah, Pakcu , ayah su, pak lebai dan sahabat-sahabat pakdo semuanya. Pakdo lambat mari hari ni kerana pakdo menyangkul di belakang rumah untuk tanam sayur. Pakdo nak sambut seruan kerajaan untuk memperkasakan bidang pertanian untuk rakyat Malaysia. Pakdo tengok, di kiri kanan jalan, banyak lagi tanah yang terbiar tumbuh rumput dan semak samun secara meliar. Pakdo hajat nak tebas semak samun di belakang rumah , kerana dengan menyangkul dan menebas ni selain daripada badan pakdo sihat, pakdo juga ada harapan untuk dapat hasil daripada tanaman yang pakdo tanam kelak. Tapi pakdo tak boleh berfikir banyak sangat untuk bercucuk tanam ni, kerana kalu berfikir sampai ke bahagian nagatifnya pakdo akan sampai ke soalan buat gapo buang masa , tak padan dengan bulih, lagu mano kalu pokok yang pakdo tanam nanti kena ragut ke kambing , jadi habuan ayam itik . Bukan tak boleh fikir langsung soal negatif begitu, kena fikir juga supaya pakdo bersedia sedikit, pakdo buat pagar dan sebagainya supaya tidak dibiarkan terdedah begitu sekali. Hok Tok Ayoh kata tu, adalah kenyataan, tapi kalu pakdo sebut-sebut lebih banyok nanti ada saing-saing pakdo yang salah faham dengan maksud pakdo, nanti ada pulak yang kata siapalah pakdo yang pandai mandai nak tegur bangsa sendiri. Tapi adat tegur pakdo kena tegur juga sedikit sebanyoknya. Pakdo tengok sekeliling, pakdo intai sekeliling, pakdo tarik nafas panjang. Buat gapa sangatlah lupa diri sampai tak ingat siapa diri sendiri. Bagi pakdolah, sekuatmana sekali pun manusia itu, tetap ada kelamahannya ada kekurangannya. Tak payahlah lupa diri. Kalu tak makan sehari pun sudah rasa lapar bukang kepalang, kalau tak tidur semalaman pun sudah merasa mengatuk amat sangat. Mana kekuatanya. Pakdo tak mahu cerita tentang kencing berak lagi. Pakdo kena potong-potong apa yang pakdo nak catat. Betul seperti kata Tok Ayoh , kritikan pakdo perlu dipedaskan lagi. Tapi setakat ini pakdo belum ada kekuatan untuk berbuat begitu kerana pakdo sayangkan saing-saing pakdo. Pakdo sangat merasa heran, mengapa orang melayu kita bersikap kurang dalam banyak perkara. Nampaknya pakdo kena buat kajian mengapa berjadi begini. Dimana silapnya. Pakdo nak buat kajian, macamlah pakdoni orang akademik. Pakdo bukan orang Akademik, tapi pakdo orang kampung saja. Pakdo harap suatu hari nanti orang Melayu akan jadi orang yang paling maju di dunia. tiada sebab orang melayu tidak boleh maju. Pakdo gi dulu deh, makdo dah panggil nak hidangkan nasi tengah hari, pakdo dan rasa lapar ni. Hari ni makdo singgan ikan tamban beluru dah berbau ni. Tentunya berbudu jugalah pakdo hari ni. Pakdo. > Salam... > Pertama-tamanya tok ayoh nok mintok maaf sebab tak sempat nok balas luah > rasa pak da. Tok ayoh sibuk sangat kemarin...yolah anok murid ramai > datang rumah nak ngaji Quran. Keno utama fardu ain dan fardu kifayah lah > dulu. > Keduanya, pasal lupo diri bila sene ni... > Meme dari dulu lagi sikap manusia macam tu. > Jadi, tok ayoh tak heranlah. Pada tok ayoh, sifat dan sikap manusia ni > samolah mace pepatah orang orang tua dulu kata, "lepas anjing tersepit, > lamo lamo kekoh orang hak tolong dia". > Maso susoh jah dia ingat ke Tuhan, lepas tu bila sene sikit mulalah lupo > diri. lupa asal usul. Nilah orang Melayu kita. Melayu mudah lupo, kata > Tun Dr. Mahathir (Pemimpin pujaan tok ayoh ni). > Sebagai orang Melayu beragama Islam, tok ayoh rasa ada hak nak tegur dan > kritik orang Melayu kito ni. Kalau tak tegur, mereka tak sedar. Kalu > tegur pun mereka tak sedar. > Tok ayoh setuju sangat dengan rungutan, luahan dan keluhan Pak Da mu tu. > Pak Da mu ni orang yang banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Tok > ayoh salute pada Pak Da mu. > Walaupun lebih senior dari Pak Da mu, tapi tok ayoh tak leh nak atasi > bab bab pengetahuan ni. Pak Da mu lebih hebat lagi...Cuma tok ayoh nak > mintok pada Pak Da mu, kalu nok kritik, biar keras sikit...biar orang > Melayu kita bangun dan samo-samo bangkitkan pandangan masing-masing > dalam alam ghaib ni (alam siber). Ni dok, asyik tok ayoh dengan pak da > jer.... hok lain mano pegi? Ko, mereka pun samo dengan Melayu hok tok > ayoh dan pak da tegur? > Tok ayoh suka tengok orang cino. Mereka ni kalu bab kerja cukup tekun, > teliti dan cermat. Tak mace orang Melayu kita. Baru dapat modal > RM500,000 dah beli mercedes...dah beli vios, dah buat rumah besar-besar. > berlagok jah lebih, hapas pun takdok. pah tu tak sampai lima > bule...mulalah poket kering. mulalah hute sano hute sini...mulalah ingat > ke Tuhan..ingat tikar sembahyang. tok ayoh cukup marah dengan orang > melayu macam ni....tak sedar diri. lupa diri. > Masalah orang melayu kita ni, pak da...takleh tengok orang lain sene > sikit... kalu puak cino kaya rayo, dia kato kerajaan tolong. kalu orang > cina berjaya dale hidup, dia kato kerajaan tolong. padahal kerajaan > tolong orang melayu lebih banyok dari orang cino. tapi bakpo yar orang > cina bermodalkan RM100 boleh maju, sedangkan orang melayu kita > bermodalkan RM100 ribu tak boleh hidup?. > Ini yang tok ayoh heran bin ajaib ni. [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
