Pak do,
Pada pendapat pa lebai mereka buat begitu atas desakan hidup
kerana dia juga ingin hidup macam pak do ayah su tetapi dia diluar kemampuan
cuba lah pihak pemerintah adakan peluang perkerjaan sudah tentu perkara 
sebegini tidak terjadi lagi.
itu pasal meragut selipar pak do, dipejabat juga ada musang berbulu ayam.
maaf kalau terkasar bahasa sikit.

  ----- Original Message ----- 
  From: Pakdo 
  To: [email protected] ; [email protected] ; 
[email protected] 
  Sent: Saturday, April 07, 2007 1:11 AM
  Subject: [Tumpat] Sebahagian manusia sangat jahat


  Tajuk pakdo malam ni, kelihatan agak kasar sikit , tapi puitis .

  Pakdo dengar cerita zaman sekarang , zaman yang tidak boleh dipercayai.

  Hingga ada orang kata , selain daripada kita, semuanya orang lain . Itu
  betul, tapi ada yang tidak berapa betulnya.

  Selain daripada manusia-manusia yang baik, ada juga manusia-manusia yang
  jahat budi perkertinya.

  Segala macam bentuk mercuri, meragut, mengetik, merampas, merompak dan
  segala macam lagi.

  Daripada barangan yang berharga hingga yang kurang berharga dikebas bila
  ada peluang.

  Ada ke patut kebanyakan orang tidak lagi percaya kepada pintu, tidak lagi
  percaya kepada jendela, tidak lagi percaya kepada pagar, tidak percaya
  lagi kepada rumah, tidak lagi percaya kepada kenderaan, tidak lagi percaya
  kepada kerawat berduri.

  Kalau dulu mereka yang ada lembu atau barang kemas bimbang, tapi sekarang
  mereka yang ada besi buruk pun sentiasa bimbang kalau-kalau besi sebatang
  di bawah rumah mereka akan dicuri.

  Bertuah sungguh anak bangsa pakdo, besi buruk yang sedikit pun dicurinya.
  Bertuah sungguh sebahagian kecil anak bangsa pakdo yang boleh
  membimbangkan seluruh masyarakat.

  Patutlah orang sekarang dah buat rumah batu yang kukuh-kukuh , dengan
  pagar yang tinggi sehingga jadi tembok pemisah dengan masyarakat.

  Tidak saja besi, kabel elektrik, selipar jepun juga dikebas.

  Pakdo pernah hilang selipar adidas tiruan di masjid. itu biasa, pengusung
  mayat yang diletakkan di masjid pun boleh hilang . Berani sungguh anak
  bangsa pakdo, tak takut sungguh anak bangsa pakdo.

  Pakdo kira ini mesti ada kelemahan dalam sistem hidup masa kini. Mesti
  pakdo bersama pakcu, tok ayah, ayah su , tok lebai, ayah ngah dan ramai
  lagi berkumpul di kedai kopi begini dan berbincang sambil berfikir cara
  yang terbaik supaya menyelesaikan masalah ini.

  Pakcu beri pendapat sedikit, Tok Ayah bagi pandangan banyak, Tok lebai
  baca-bacalah sikit , agar dilembutkan hati mereka-mereka yang berkenaan.

  Pakdo tak kata semua orang jahat, tapi hanya sebahagian kecil saja yang
  jahat, tapi yang sebahagian kecil inilah yang merosakkan susu sebelanga
  yang membuatkan orang tidak percaya kepada orang biarpun sahabat baik
  sekalipun.

  Hormat selalu daripada Pakdo


   

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke