Pakdo juga sering ke Tumpat, tapi pakdo tak perasan apa yang diperasan
oleh saing pakdo Kamal rg. Sama ada ia sebelah dalam atau sebelah luar
masjid. Tapi pakdo kira di sebelah dalam masjid.

Mungkin AJK masjid tidak perasan perkara ini. Tapi bila ada yang perasan
ianya perlu ditukar kepada bentuk lain yang lebih melambangkan keislaman.

Dalam hati pakdo, pakdo sentiasa tidak merestui israel dan merasa sangat
tidak berkenaan kuncu-kuncunya yang menceroboh negara negara umat Islam
dengan pelbagai cara ceroboh.


Pakdo ada baca berita hari tu, ada sedikit salah faham antara AJK Masjid
dengan AJK Kawasan Rukun Tetangga di sebuah daerah di kelantan . Setelah
pakdo baca, pakdo juga rasa kecewa dengan pengurusan masjid yang terdiri
kebanyakannya ajk yang seusia dengan pakdo.

Ada sedikit sebanyak salah faham kerana KRT nak buat maulud, Pihak AJK tak
benarkan dibuat di masjid dan terpaksa berselawat di jalan raya.

Itu yang pakdo baca, pakdo tak tahu perkara sebenarnya.  Tapi berdasarkan
apa yang apa pakdo baca itu, kemudian pakdo bandingkan dengan di tempat
pakdo sendiri pakdo mula buat andaian yang di kebanyakan tempat adalah
lebih kurang saja.

Ajk masjid tidak berperanan dengan sewajarnya. Masjid tidak dijadikan
sebagai pusat aktiviti umat islam. Masih tidak ada kesepatan di dalam
sesebuah kampung dan fahaman-fahaman tertentu yang sepatutnya dilupakan
sementara tidak dilupakan.

Menurut apa yang pakdo baca lagi, Permohonan KRT tersebut tidak dibuat
secara rasmi dengan bertulis dan mungkin juga untuk guna masjid kena buat
kertas kerja dulu dan kena ajk masjid bermesyuarat dulu baru boleh buat
keputusan sama ada membenarkan atau tidak.

Itu kerja yang menyukarkan, janganlah menyukarkan sangat untuk urusan .

Yang KRT tu pula, kalau nak minta mintalah dengan cara yang baik,
bercakaplah dengan mesra supaya Pihak masjid benarkan.

Tapi yang lebih baik lagi, semuanya berpakat dan kita buatlah sambut
maulud secara lebih besar sedikit dan membabitkan semua warga kampung
jangan dok kira sangat warna apa yang digemarinya.

Memajukan masyarakat, bukan kerja perseorangan atau kerja kumpulan
tertentu saja , malah ianya tanggungjawab bersama.


Pakdo Gi dulu. Pakdo minta maaf kiranya kata-kata pakdo ada yang tidak
diperkenan.




> Assalamulaikum tuan-tuan sekalian,
>
> Saya ada seperkara yang saya ragui dan saya ingin  dengar pendapat dari
> tuan2 semua.
>
> Baru2 ini saya balik ke Tumpat dan berkesempatan sembahyang di Masjid
> Tumpat.
> Saya dapati Masjid itu sudah diperbesarkan dan saya kira ianya untuk
> menampung jumlah jemaah yang bertambah.
>
> Tapi apa yang anehnya ialah dibahagian atas pada bangunan yang baru dibina
> itu, ada lambang bintang enam yang menyerupai lambang Israel.
>
> Terfikir oleh saya siapa arkiteknya?
> Tidak adakah bentuk lain yang lebih elok yang boleh melambangkan senibina
> Islam di letakkan pada Masjid ?
> Apakah semua orang yang melihatnya tidak menyedari atau tidak tahu
> langsung atau merasakan itu urusan orang lain ?
> Bagaimana pula dengan AJK Masjid itu.Apakah mereka juga tidak perasan atau
> tidak tahu apa-apa tentang lambang itu?
>
> Saya minta pendapat dan pandangan dari tuan-tuan semua.
>
> sekian.
> wassallam.
>
>
> ---------------------------------
> The fish are biting.
>  Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke