Saing-saing pakdo sekelian yang ada.

Kelmarin pakdo dengar khabar Penulis di Tumpat berbincang , mungkin ada
saing-saing pakdo hok gi sama.

Pakdo harapkan semoga perbincangan mendapat kata putus yang baik demi
memajukan dunia seni sastera dan penulisan yang bagi pakdo satu dunia yang
tersendiri dan sangat istimewa.

Dunia penulisan ni, bagi pakdo adalah dunia yang sangat luas dan sangat
berbisa. Sesuai dengan kata-kata yang pakdo dengar mata pena tu lebih
tajam daripada mata pedang.

Lo ni penulis tidak banyak menggunakan pen dan pensel, tapi menggunakan
komputer. Tapi tu dikira sebagai pena jugalah bagi pakdo.

Peranan penulis, tak kira dia wartawan ke, sasterawan ke, penulis
buku-buku akademik ke atau penulisan bidang apapun yang bermanfaat bagi
pakdo adalah sangat besar, tapi tidak begitu diperhatikan dan tidak
diambil peduli sangat oleh sesetengah pihak.

Mungkin mereka fikir penulis tidak begitu penting apa lagi penulis karya
sastera.

Tapi bagi pakdo, sastera sangat penting kerana ianya seperti jiwa
masyarakat itu sendiri. Pakdo semasa baru tahu membaca dulu, pakdo baca
buku cerita dan buku cerita itu sangat besar pengaruhnya kepada kehidupan
yang pakdo lalui hari ini, cerita sang kancil, cerita pak pandir, cerita
lebai malang dan banyak cerita-cerita rakyat lain telah banyak
mempeengaruhi pemikiran pakdo.

Jadi kepada saing-saing pakdo yang jadi penulis tu, teruskanlah usaha
menulis dan mencari ilmu bantu, kerana sumbangan saing-saing pakdo itu
bakal dimanfaatkan oleh anak bangsa pakdo.

Kalu tok tok wakil tak pandang pada penulis dan persatuan penulis , itu
hak mereka. Pakdo harap saing-saing pakdo jangan kecewa.

Teruskan berusaha dan berusaha dan kejayaan bukan boleh seratus peratus
diukur daripada benda yang kita dapat. Mungkin dengan menulis saing-saing
pakdo tak dapat seketul emas tapi harga penulisan hok saing-saing pakdo tu
nilainya segunung emas.

Pakdo gi dulu deh.





Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke