Mujurlah pakdo tidak melabur dalam skim ni. Sebabnya pertama tak cukup
duit untuk melabur dalam skim-skim cepat kaya dan keduanya pakdo nampak
seperti ada yang tak kena dalam sistem pelaburan begini.

Pakdo bukan pakar ekonomi dan juga bukan berpelajaran dalam bidang agama.
Tapi pakdo timbang-timbang dan hitung secara pemikiran pakdo. pakdo dapati
perkara ini bukannya perkara yang patut dilakukan oleh anak bangsa pakdo.

Tapi pakdo rasalah dengan kenyataan demi kenyataan , tabiat nak kaya cepat
ni agak lama juga nak dipulihkan di kalangan sebahagian saing-saing pakdo.

Sudah tentu ada jawapan demi jawapan dan alasan yang diberikan untuk
membolehkan perkara yang tidak boleh.

Pakdo tak mahu tengok manfaat yang diperolehi di internet dilindungi oleh
perkara-perkara begini.

Pakdo mu ni.





> Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa
>
> Sumber Utusan
> Malaysia<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm>
> (
> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
> )
>
> Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM
>
> KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang
> ramai
> dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat
> ganda,
> aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.
> Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu
> sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak
> kurang
> 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat
> Tan Sri dan Datuk.
>
> Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan
> Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss
> Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.
> Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta
> yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50
> jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji
> pulangan sehingga 300 peratus.
>
> Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat
> sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web
> www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan
> pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan
> hari
> ini.
> Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin
> yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang
> pelaburan
> yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah
> haram.
>
> Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam
> segala bentuk pelaburan seumpama itu.
> ''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang
> berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya.
>
> Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat
> Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan
> komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.
> Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya
> aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang
> kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).
> Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan
> Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam
> pasaran-pasaran saham luar negara.
>
> Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang
> tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih
> meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang
> daripada
> lebih 50,000 pelabur Malaysia.
>
> Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus
> operandi
> berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan
> urusan pelaburan menerusi Internet.
> Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi
> undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.
> Teknologi
>
> Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan
> teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang
> menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.
> Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com;
> www.empay.com;
> www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us;
> www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com;
> www.GG-trade.comdan
> www.smartindex.net.
>
> Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan
> senarai
> keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali
> sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).
> Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD)
> berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.
> Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan
> lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar
> kepada para pelabur selama 100 hari.
>
> Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan
> kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus
> sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.
> Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di
> Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan
> berjaya mengabui mata para pelabur.
>
>
>


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke