Pakdo petik satu berita dari Akhbar tempatan hari ini tentang internet.
Nampaknya begitu hebat sekali penggunaan internet di China kerana ianya
boleh menyumbang kepada masalah jenayah dan sebagainya.

Tapi kalau di Kelantan, perkara ini berbeza jauh sekali. Internet biasanya
digunakan oleh mereka yang seperti pakdo dan saing-saing pakdo yang
kebanyakannya untuk urusan penting termasuk mencari maklumat dan
bahan-bahan ilmu dan sebagainya.

Puak-puak yang sering melakukan jenayah kecil-kecilan dan sederhana besar
seperti mencuri kabel elektrik, curi perkakasan motor, yang merempit, yang
mendadah dan yang sebagainya seperti jarang sekali menggunakan internet,
apa lagi untuk terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara keji melalui
internet.

Pakdo tengok, kalu sebut cyber cafe pun orang dah fikir perkara buruk.
mereka seperti tidak sedar di situlah banyak peluang untuk mengisi borang
minta kerja, di situlah tempat rujukan , di situlah perpustakaan yang
besar sekali.

pakdo tidak ada data rasmi, tidak juga yang tidak rasmi, tapi pada
perkiraan pakdo usahkan 80 peratus. 5 peratus pun tidak sampai di Kelantan
ni internet menyumbang kepada masalah jenayah ringan atau berat.

Pakdo gi dulu deh. pakdo nak jirus sayur yang pakdo tanam di belakang
rumah, kalu tak jirus sayur pakdo boleh jadi layu terkulai.




***************************

Berita di bawah dipetik sepenuhnya daripada akhbar Berita harian.


China basmi laman web lucah, ganas


BEIJING: China menyalahkan pengaruh negatif laman web ganas atau lucah di
atas peningkatan jenayah belia negara itu, kata jurucakap polis kelmarin,
yang mewajarkan tindakan pembasmian besar-besaran internet.

“Sejak beberapa tahun ini, bilangan penduduk muda bersalah menipu, merogol
atau merompak amat tinggi. Siasatan terhadap penjenayah belia yang ditahan
ialah hampir 80 peratus dipengaruhi internet.

“Ia menjadikan orang ramai amat ingin mengetahui apa jenis jenayah yang
dilakukan oleh pengguna yang terpengaruh oleh imej dan gambar tidak
senonoh,” kata jurucakap polis, Wu Heping.

Minggu lalu, China mengumumkan kempen baru membasmi pornografi internet
yang juga mensasarkan penipuan, loteri dan ‘penyebaran khabar angin’ untuk
melindungi pengguna internet di kalangan remaja dari ‘pengaruh negatif
online,’ lapor media.

November lalu, mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke
atas pengasas laman web lucah terbesar negara itu.

Pornografi adalah antara laman yang hampir dihapuskan menurut
undang-undang tegas China tetapi sejak pembaharuan ekonomi bermula dan
kawalan sosial mula longgar, ia semakin mudah didapati.

China mempunyai sepasukan polis siber yang melayari internet untuk mencari
kandungan tidak menyenangkan, tetapi sasaran mereka lebih kepada subjek
politik sensitif berbanding pornografi atau penipuan online. – Agensi




Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke