PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN DN
Tel: 09-7196490 – Ketua 1        1029032948 -  SU1          
[EMAIL PROTECTED]   http://www.pesisir.net
----------------------------------------------------------------
                                                   22 APRIL 2006
Ke majlis,

Semua Ahli dan rakan-rakan penulis

Sdr/Sdri,

BENGKEL PENULISAN PUISI PESISIR
Dengan segala hormatnya, perkara di atas  dirujuk.

2.   Sukacita  saudara/saudari dijemput untuk hadir ke Bengkel Penulisan
Puisi PESISIR yang akan diadakan seperti berikut:

        Tarikh: 12 Mei   2007 (Sabtu)
        Tempat:  Dewan Darul Hanan, Pondok Selehor, Kok Pasir,
               Tumpat, Kelantan
        Masa:    8.30 pagi hingga  4.00 petang

3.   Dimaklumkan peserta akan dibimbing secara intensif  untuk
menghasilkan puisi sebagai penyediaan untuk menjadi seorang penulis yang
menulis puisi bermutu.

4.   Kepada ahli dan bukan ahli yang berminat sila beri jawapan dengan
segera melalui  sms ke no tel Setiausaha 1-   0129032948 atau melalui
e-mel [EMAIL PROTECTED]  sebelum 5 Mei 2007 untuk tujuan penyediaan
makan dan minum peserta.

5.   Dimaklumkan, pendaftaran untuk bengkel ini dikenakan RM 10.00
(sepuluh sahaja) dan bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran pada hari
bengkel diadakan.

Sekian dan terima kasih.

‘ SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’


(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 1
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)

s.k
Ketua 1 dan semua AJK.

Kirim email ke