Pakdo bercadang untuk turut hadir ke majlis Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) pada 12 Mei , hari sabtu akan datang ni.
Mengikut apa yang pakdo baca di Sinar Harian hari ni Muka K17 berita Daerah Tumpat , mesyuarat akan diadakan pada 12 Mei, bertempat di Dewan Darul Hanan, Pondok Selehor bermula pukul 8.30 pagi. Khabarnya pada hari yang sama akan diadakan Bengkel Penulisan Puisi (setengah saing pakdo panggil sajak) . Saing-saing pakdo jangan rungsing, jangan bimbang bila sebut sajak atau puisi. jangan dok berfikir orang tulis sajak ni orang yang kuat angan-angan atau orang yang berkhayal. Sajak bagi pakdo ianya tak pernah lekang oleh panas, tak pernah luntur oleh hujan. Ia akan terus wajud dari masa ke semasa seperti wujudnya cinta dalam hati seseorang. Pakdo tak sir bercakap pasal cinta , takut saing-saing pakdo salah faham maksud pakdo. Walaupun usia pakdo dah agak tua, tapi perasaan pakdo seperti saing-saing pakdo jugak, sentiasa muda. Pakdo bergurau saja nih. Pakdo hajat nak gi jumpa saing-saing pakdo. Semoga Ayah ngah , tokki, pak lebai , Tok Ayah , Ayah Su , pakcu pun gi jugak. Pakdo nak kenal saing-saing pakdo dari dekat lagi. Untuk Pak lebai, jangan lupa bawa kangkung ke tempat mesyuarat, supaya pakdo mudah cam, yang bawa kangkung tu ialah pak lebai. Yang bawa telur tu pakcu. Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
