Pakdo bersyukur kerana diberi kelapangan dan kesihatan yang membuatkan pakdo dapat juga menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) dan Bengkel penulisan Puisi yang diadakan pada waktu yang sama.
Pakdo tak rasa rugi luangkan masa hari ini untuk datang ke Darul Hanan. Tidak hampa juga harapan pakdo kerana pakdo dapat berjumpa dengan Ayah Ngah, Tokki, Pakcu dan Ayah Su. Tapi Ayah ngah tak sempat nak bawa buah jambu. Walaupun begitu Pakdo dapat juga makan buat jambu di Darul Hanan. Pakdo tahu, saing-saing pakdo kebanyakannya sibuk-sibuk belaka. Masing-masing dengan urusan yang penting-penting belaka. Pakdo terharu bila ada saing-saing pakdo yang datang dan terpaksa mengorbankan banyak perkara. Ada seorang saing pakdo tu, semasa berada di mesyuarat, terima panggilan bapa saudara meninggal, Dia balik seketika kemudian datang balik setelah balik menziarahi. Seorang lagi saing pakdo , isterinya sedang berada di hospital, datang juga untuk menjayakan mesyuarat. Ada seorang lagi saing pakdo yang bapa saudaranya berada juga di hospital terpaksa balik sebentar dan datang balik ke bengkel puisi. Pakdo terharu sungguh dengan saing-saing pakdo. Tokki juga terpaksa balik awal sikit kerana anak saudaranya sedang tenat di hospital. Ada saing pakdo yang dari Gemang, Jeli datang dan bersama untuk menjayakan mesyuarat Agung kali ini begitu juga dengan saing pakdo dari Rantau Panjang dan kepada pakcu juga pakdo ucapkan penghargaan kepada pakcu kerana datang dari jauh juga. Ayah ngah datang dengan penampilan yang istimewa , walaupun dah agak berusia, tapi ayah ngah sentiasa berpakaian segak dan bergaya . Pakdo nak cadangkan kepada AJK PESISIR tu, tuan/puan kena berpakat ke hospital untuk menziarahi isteri saing pakdo yang juga merupakan orang kuat PESISIR. Kalu dah berpakat, beritahulah kepada pakdo gatek supaya pakdo dapat tumpang pergi juga. Ini menunjukkan kita bersahabat. Pakdo tak mahu nak ulas tentang berjaya tidaknya program hari ini, itu biar ketua 1 atau setiausaha 1 atau ajk lain yang ulas dari sudut pandangan mereka. Begitu juga dengan ahli yang hadir. Pakdo faham sangat dengan persatuan sukarela. Kalau terkurang tu, pakdo kira itu sudah biasalah zaman sekarang ni. Tapi seharusnya walaupun sukarela, tugas yang diamanahkan mesti dipikul dengan sedaya upaya yang boleh, kerana kalaupun tidak ada ganjaran masa kini, kalu niat itu baik sudah barang tentu ada balasan baiknya. Semasa di bilik mesyuarat, pakdo dengar beberapa perkara yang pakdo boleh ambil perhatian. Nampaknya Ketua 1 PESISIR yang seusia dengan pakdo dapat mengendalikan mesyuarat dengan baik, itu tandanya beliau seorang yang begitu berpengalaman dalam berpersatuan. Pakdo gi dulu. Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
