Pakdo juga disamping merasa gembira dengan kenaikan gaji kakitangan awam ,
terfikir juga dengan masalah orang kampung pakdo yang kebanyakannya
bekerja sendiri , memukat ikan sikit sebanyak, cari ikan dalam bendang
padi, kutip pucuk paku, ambil upah naik nyior, menjaja kuih-muih yang
dibuat orang lain. Ambil upah buat itu ambil upah buat ini dan segala
macam kerja sendiri yang sememangnya mendapat upah yang sangat sedikit ,
malah kurang dari RM300 sebulan.

Pakdo dapat merasakan perasaan itu, dapat merasakan kesukaran mereka yang
sebetulnya mereka bukannya pemalas, mereka telah menjalankan usaha dengan
menggunakan tenaga dan peluh mereka sendiri.

Pakdo letak belakang tangan di dahi pakdo, pakdo memikirkan nasib
saing-saing pakdo yang agak kurang bernasib baik , pakdo turut merasakan
kerunsingan dan kebimbangan itu.

Ada sebahagiannya daripada saing-saing pakdo ni ramai anak. Mereka tidak
lagi memikirkan tentang keselesaan tempat tinggal,tidak lagi memikirkan
tentang kenderaan yang selesa,  tapi memikirkan apa yang boleh dimakan
esok. apa yang boleh anak bawa bekal ke sekolah esok.


Pakdo pun orang susah juga, tapi pakdo ada pencen sesen dua. Kalu pakdo
kerja sikit sebanyak cukuplah dengan ala kadarnya untuk makan minum
walaupun kalu nak kira cukup berapa banyak yang dapat pun tak pernah
cukup.

Pakdo ni bukan sesiapa , pakdo bukan orang besar , pakdo bukan orang
tersohor tapi Pakdo nak menyerulah kepada saing-saing pakdo yang dapat
faedah daripada kenaikan gaji agar selain berkerja dengan lebih kuat dalam
tugas-tugas yang diamanahkan agar setimpal dengan gaji yang diterima atau
sebaiknya lebih kuat lagi.
Juga saing-saing pakdo yang telah dilapangkan rezeki agar turun untuk
memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pakdo tahu untuk menyumbang dalam
bentuk wang ringgit mungkin agak sukar , kerana walaupun dapat seribu dua,
separuh daripadanya berkemungkinan telah dipotong kerana bayar hutang atau
sebagainya. Tapi berikanlah sumbangan tenaga dengan membabitkan dari dalam
pertubuhan-pertubuhan sukarela bagi membantu masyarakat dan negara.

Wajudkanlah masyarakat yang gemilang dengan pelbagai cara  baik melalui
Kawasan Rukun Tetangga, Belia, GDW, Kelab-kelab kebajikan, melalui Masjid,
madrasah, sukan dan sebagainya. Kalau merasa geli dengan sebutan GDW
kerana ianya di bawah KEMAS , buatlah pertubuhan yang sesuai dengan apa
yang difikirkan , asalkan ianya boleh dijadikan landasan untuk berkhidmat,
berbakti untuk manfaat umum.

Kerana itulah salah satu daripada jalan untuk menunjukkan rasa terima
kasih dan kesyukuran saing-saing pakdo semua.  Bimbinglah anak-anak
sendiri dan anak-anak bangsa pakdo ke arah menjadi generasi hari muka yang
cemerlang dan terbilang.

Sama-sama juga pakdo dan saing-saing pakdo berfikir dan melaksanakan buah
fikiran ke arah menjadikan anak-anak muda cucu cicit pakdo jadi orang yang
berguna, tidak terbabit dengan gejala sosial yang boleh membantutkan
perkembangan anak bangsa pakdo.

Pakdo gi dulu deh.


Pakdo



> Salam...
> ada betul apa yg dikatakan itu...
> bagi mereka yang bekerja swasta dgn company2 besar...mereka dah bergaji
> besar dan stabil (KL) ...bagi mereka yang bekerja dgn company baru / kecil
> dan kurang stabil...mesti akan merasai...gaji kecil...bulan2 pun tak
> beberapa nak dapat.. lebih2 lagi d kelate...kalu lepas degree...sektor
> swasta berapa kerat yg dapa lebih dari 2K apa atah lagi 3K sebulan...kalu
> dapat pun hanya sementara...habis projek...down balik... :) pengamalan
>
> walaupun bukan sekarang harga barang & perkhidmatan  naik....tapi suatu
> hari nanti akan naik juga....kita tunggu dan lihat.... toke2 besar, loni
> cina yg pegang...so dia pun akan cari jalan cam na....
> mereka2 kerja tak beberapa ok laa yg merasakannya.... apatah lagi mereka
> yg tak bekerja...
>
> ore berniaga sendiri...dia naikkan sokmo gaji dia...(target)....so
> kesempatan ni dia akan......
>
> WALAUBAGAIMANAPUN REZEKI ITU ALLAH YG BERIKAN....JALANLAH ORANG2 YANG
> BERSYUKUR....ATAS APA YANG DIKURNIAKAN...
>
>
>
> "Faizul [BITECH/KUA]" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Mohon izin untuk menyampuk percakapan ayahanda  sekelian.
>  Saya turut mengucapkan tahniah untuk kakitangan awam,  nak bantah
>  pun umpana mencubit kaki kiri, kaki kanan pun terasa  sakit.
>
>  Saya bekerja disektor swasta, industri pengeluaran.  Saya yakin
>  kenaikan gaji ini tidak akan menyebabkan kenaikan  harga. Namun
>  apa yang ditakutkan, syarikat berkepentingan awam  seperti  TNB,
>  pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran  turut ingin
>  menaikkan gaji kakitangan mereka. Ini akan menyebabkan  tariff
>  elektrik, air atau cukai pintu dan tanah akan turut  dinaikkan.
>
>  Semoga kenaikan gaji disertai dengan kenaikan mutu  perkhidmatan
>  kakitangan awam. Saya mengharapkan perkhidmatan  berkualiti tinggi
>  serta terdapat saluran untuk menyatakan maklumbalas  dari rakyat
>  sekiranya tahap perkhidmatan masih ditakuk  lama.
>
>  Faizul  Haslizi,
> Anak Kelantan di  Kuantan.
>
>
> ---------------------------------
>  From: [EMAIL PROTECTED]
> [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Pakdo
> Sent:  21 May, 2007 12:40 PM
> To: [EMAIL PROTECTED];  [email protected];
> [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [SPAM]{  Kelantan-Kita } Tahniah kepada kakitangan Awam
>
>
>
>
> Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan awam di atas kenaikan  gaji.
>
> Terima kasih kepada kerajaan Malaysia.
>
> Kumpulan sokongan 1  1- 16 35%
>
> kumpulan sokongan 2 17 - 40 25%
>
> kumpulan pengurusan 41 -  15%
>
> kumpulan pengurusan tertinggi 7.5%
>
> Pakdo yang dah pencen pun  boleh manfaat daripadanya. Semoga harga
> barangan
> tidak naik.
>
> Paklah  kata pastikan barangan berada di harga paras yang sedia ada.
> dengan
> kenaikan  gaji itu barangan mereka akan jadi lebih laku.
>
> Hormat selalu daripada  Pakdo
>
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's
> on, when.


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke