Dipetik sepenuhnya daripada laman Berita harian online.
SC mula sekat pelaburan internet haram KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) mula menyekat secara berperingkat beberapa laman web pelaburan internet haram dan mengingatkan pelabur yang masih berdegil berdepan risiko kehilangan pelaburan mereka. Tindakan menutup laman web berkenaan yang bermula semalam, antara langkah SC memerangi aktiviti pelaburan haram serta melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia. Sumber SC berkata, pihaknya tidak menetapkan jumlah laman web yang akan ditutup kerana kemungkinan lebih banyak laman web baru muncul. ?Kita akan adakan operasi berperingkat tetapi secara berterusan. Mungkin hari ini kita sekat 10 laman web, esok kita dapati ada lagi 10 laman web baru. Sebab itu kita tidak tetapkan sasaran. ?Kita ingin tunjukkan bahawa SC tegas dalam hal ini dan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) dan Bank Negara,? katanya ketika dihubungi semalam. Berdasarkan kenyataan SC, sejak pengumuman menyekat laman web dalam seminggu mulai semalam, beberapa laman berkenaan sudah ditutup kerana pemiliknya bimbang dikenakan tindakan. SC juga menerima kira-kira 340 pertanyaan daripada orang ramai mengenai isu berkenaan. Katanya, pelabur hendaklah menghentikan pelaburan mereka serta merta selain membuat semakan perkhidmatan menerusi internet yang dibenarkan menerusi laman web SC. ?Senarai (nama syarikat) yang disediakan sehingga 11 Jun (semalam) diberi kuasa di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan atau perkhidmatan pengurusan dana. ?Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pelaburan dengan pihak tidak dilesenkan SC,? katanya. Mengenai masalah pelabur mengakses akaun atau mengeluarkan pelaburan mereka, SC berkata, pelabur tidak dilindungi undang-undang sekuriti. ?Itulah sebabnya SC secara berterusan mengingatkan orang ramai berurusan dengan pihak yang berlesen kerana mereka akan diberikan bantuan di bawah undang-undang sekuriti. ?Pengantara berlesen juga dikehendaki menyediakan langkah perlindungan pelabur yang merangkumi keperluan untuk menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah. Jadi, kita tahu di mana mereka melabur dan kita boleh ambil tindakan sekiranya berlaku masalah,? katanya. Sumber itu juga menegaskan laman web yang ditutup tidak akan ditarik balik sekatan dan sekiranya pengendali membukanya semula, tidak bermakna SC telah mengesahkan skim pelaburan yang ditawarkan. Mana-mana pihak yang didapati mempromosi atau bersubahat dalam sebarang aktiviti pelaburan tidak sah boleh didenda hingga RM1 juta atau boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
