Siapakah Mohd Sukari. Allahyarham telah meninggal dunia di Hospital Daerah Gua Musang , kelantan pada pukul 11.30 malam 13 Julai 2007 dipercayai akibat serangan jantung.
Mohd Sukari bin Ab. Rahman atau menggunakan nama pena Khaufi Rajaei dilahirkan pada tahun 1961 (46 tahun yang lalu) dibesarkan di Kg. Banggol Sentol Pasir Mas. Selepas bersekolah beliau masuk maktab perguruan dan menjadi guru . Kira-kira 20 tahun bertugas di SK Palekbang , Tumpat, Kelantan. Awal tahun 2007 bertukar ke SK Sri Wangi , Gua Musang. Berkahwin dengan Khalijah bt Ishak yang berasal di Kg. Kok Pasir, Tumpat. Dan dikurnia 7 orang anak (6 perempuan dan seorang lelaki). -Menetap di Kok Pasir lebih 20 tahun. Semasa sebagai guru Mohd Sukari kemudian melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah Pengajian Melayu (Sains Politik)beberapa tahun yang lalu. Selain menjadi guru, Mohd Sukari merupakan seorang aktivis masyarakat terutamanya di Kampung Kok Pasir dengan menganggotai beberapa persatuan sukarela seperti GDW sebagai pengerusi Biro Pendidikan. Tabung khairat sebagai Ajk, Komuniti policcing sebagai Bendahari, KRT, dan pernah sebagai AJK PIBG di SK KOK Pasir juga turut sebagai Ajk beberapa persatuan peringkat Daerah Seperti Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) Mohd Sukari telah mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal tahun 2000 dan menyertai persatuan penulis Tumpat dan dilantik sebagai AJK sehingga saat kematiannya. Walaupun hanya beberapa tahun sempat bergerak aktif bersama penulis di Kelantan dan sempat mengikuti puluhan bengkel dan kursus penulisan, beliau telah berjaya menghasilkan puluhan buah cerpen , rencana dan sebagai tanda kenangan beliau sempat menyiapkan sebuah novel "Selamat tinggal semalam". Menurut balunya, beliau tidak sempat menyiap dua buah novel yang sedang digarapnya. Mohd Sukari juga sejak beberapa bulan yang lalu telah menyertai sebagai salah seorang wartawan Sambilan di Akhbar Sinar Harian dan agak banyak menulis terutamanya di ruangan berita Daerah Gua Musang dan ruangan dari sekolah ke sekolah. *** Catatan Ediramle Jumaat 6 Julai 2007 (minggu lepas ) adalah merupakan perjumpaan terakhir antara saya dengan Mohd Sukari. Beliau telah balik ke Kok Pasir dari Gua Musang pada hari Jumaat. Beliau hubungi saya dan kami sempat berbincang terutamanya hal berhubung dengan bidang penulisan. Sukari berkata dia sedang hasilkan dua buah novel untuk diterbitkan dan bercadang untuk meneruskan bidang penulisan berita di Siar Harian , katanya dengan menulis sekurang-kurangnya dapat memberi sumbangan buah pemikiran untuk masyarakat. Dia beritahu saya yang permohonan bertukar balik ke Tumpat agak sukar untuk tahun ini dan katanya kalau diizinkan Allah tahun depan mungkin baru boleh bertukar balik. Katanya tinggal di Gua Musang tidak jadi masalah, cuma kalau untuk hadiri perjumpaan penulis dan aktiviti masyarakat setempat di kampung laman beliau agak sukar untuk hadir. Beliau berkata kalau ada kesempatan beliau akan balik selalu dan berbincang tentang penulisan dengan saya untuk sentiasa menyuntik semangat dalam penulisan. Kemudian beliau balik. 13 Julai 2007 - Pukul 9.00 malam , saya terima panggilan telefon daripada no hpnya panggilan dibuat oleh anaknya memberitahu saya yang Mohd Sukari tidak dapat hadir ke perjumpaan pemberita Sambilan yang akan (ketika itu) diadakan di Pejabat Sinar Harian di Pengkalan Chepa. Beliau sering hubungi saya dalam aktiviti bercorak penulisan. Anaknya beritahu saya yang arwah telah pengsan dan dimasukkan ke hospital daerah . Saya tanya anaknya , apa sebabnya, anak arwah beritahu, iana berlaku secara tiba-tiba saja bila arwah mengadu pening-pening dan sukar bernafas. Saya kata, saya akan maklumkan kepada sdr Manzaidi dan rakan-rakan pada perjumpaan esok. Jam 5.30 pagi. Seorang ajk pesisir, sdr. Shukor Salleh telefon saya mengatakan Mohd Sukari telah meninggal dunia, tapi belum sah. Saya lihat ada satu mesej daripada sdr. SU GB4B Kok Pasir, sdr Wan Hashim Ismail mengatakan Mohd Sukari telah meninggal.Saya hubungi balik sdr. Wan Hashim untuk pengesahan untuk saya sebarkan kepada rakan-rakan terutamanya rakan-rakan penulis di Kelantan. Apabila saya dapat mengesahkannya , saya tulis mesej ringkas mengenai berita tersebut dan kirimkan kepada semua ajk pesisir dan kepada rakan-rakan penulis Kelantan yang saya simpan no hp. Saya hubungi sdr ketua 2 pesisir , Anuar Musa untuk memaklumkannya. Beberapa respon saya terima seakan tidak percaya dan mengucapkan takziah. Pukul 8.30 pagi saya tumpangi kereta Sdr. Anuar Musa ke Pengkalan Chepa untuk menghadiri perjumpaan wartawan sambilan Sinar Harian. Saya memaklumkan kepada semua rakan-rakan pemberita sambilan dan juga sdr Manzaidi selaku ketua pemberita. Kami sedekahkan Fatihah untuk Allahyarham. Kira-kira pukul 1.00 tgh perjumpaan tamat. Semua pemberita sambilan yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Saya dan sdr. Anuar Musa (Ketua 2 Pesisir) terus hubungi seorang lagi ajk pesisir iaitu Wakdin untuk menziarahi Allahyarham Mohd Sukari di Banggol Sentol yang telah dibawa balik dari Gua Musang. Setelah beberapa kali bertanya lokasi, kami sampai di rumah keluarga Allahyarham. Kami sempat bertemu keluarga dan anak-anaknya . Empat anaknya berada di sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi sempat balik. Semasa kami sampai Jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan dan baru selesai dikebumikan. Saya kehilangan seorang kawan yang sering berbincang mengenai penulisan menumpangkan saya ke bengkel-bengkel penulisan di DBP dan sebagainya. Kok pasir kehilangan seorang lagi sukarelawan kampung , pesisir kehilangan seorang ajk yang aktif dan lebih lagi anak-anak dan isterinya kehilangan seorang ayah dan suami . Bagaimanapun itu adalah kehendak Tuhan, Manusia hanya merancang dan yang menentukannya adalah Allah yang maha berkuasa. Sukari telah pergi ketika berusia 46 tahun dan masih banyak perkara yang belum selesai. Kekuatan yang saya lihat pada Alahyarham ialah keazaman dan kekuatan eribadi yang tinggi. Beliau sentiasa belajar sebagai contohnya semasa telah menjadi guru beliau sambung belajar untuk perolehi ijazah sebagai panduan kepada anak-anaknya. Apa yang saya tahu rupanya di sebalik itu beliau juga merupakan seorang yang mahir dalam ilmu alquran dan sering menadah kitab serta empelajari al quran daripada seorang guru quran yang terkenal iaitu ustaz nik jaafar di Pasir Mas. Pemergiannya merupakan cobaan besar kepada keluarganya , terutama kepada anak-anaknya yang telah dibentuk dengan nilai-nilai murni. Semoga anak-anak beliau akan berjaya dan terus berjaya. *Catatan ini adalah sebagai peringatan daripada seorang sahabat kepada seorang sahabat sebagai kenangan-kenangan yang tidak dilupakan. untuk lihat gambar Allahyarham http://www.pesisir.net Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
