Hasrat untuk memperkasakan ICT sekurang-kurangnya di sekitar kampung
kediaman dan di Tumpat khasnya hingga kini masih belum terpadam. Internet
hingga kini bagi saya merupakan saluran yang berkesan untuk dikongsikan
maklumat.

Ianya juga seperti satu kawasan yang lapang dan luasnya saujana tak
terjangkau .

Kalau di tanah lapang itu ditanam benih-benih yang baik, kemudian dipetik
oleh sesiapa yang memerlukannya itu merupakan suatu yang baik.

Ulang tahun kemerdekaan negara tak lama lagi akan disambut , masuk hari
ini tinggal 36 hari lagi .

Tahun ini hajat nak turut serta dalam sambutan tersebut dengan cara yang
tersendiri. Saya bercadang untuk meletakkan jalur gemilang di laman-laman
web yang didirikan.

Untuk buat semuanya barangkali tak terdaya , kerana telah tidak terdaya
untuk masuk ke laman web yang telah pernah didaftar dan dibuat , termasuk
yang semuka atau dua muka.

Sebagai permulaannya dibuat melalui laman web  http://www.kokpasir.com  -
sila klik untuk lihat , sambutan hari ulang tahun kemerdekaan secara yang
saya terlintas .

Kalau lihat di www.kokpasir.com , bendera yang diletakkan , tidak
berkibar.(kalu berkibar , berpinar mata pulak)

Kembara siber masih belum berakhir, kadang-kalanya tersasar arah,
maklumlah alam siber ni terlalu luas ruang lingkupnya, malah bertambah
luas dari hari ke sehari.






Ediramle Ismail

Kirim email ke