Hari Raya dah semakin dekat , lagu-lagu hari raya kedengaran di sana sini. Ada yang sayu ada yang tak sayu. Bagaimanapun kebanyakannya membuatkan terutamanya sesiapa yang berada di perantauan terasa rindukan kampung laman , ayah bonda , adik beradik sanak keluarga, sahabat handai rakan taulan semuanya. Kerinduan kepada tanah kelahiran sudah pasti. Kerinduan pada pohonan dan ternakan , sawah padi dan nyaman udara kampung seakan memanggil-manggil.
Kalau diimbas-imbas kembali kenangan, air mata boleh mengalir berlinangan. Kerinduan itu rasa nikmat yang tidak terhingga, tapi bila dilepaskan juga suatu nikmat yang tak terhitung. Selamat pulang perantau , selamat berhari raya di kampung laman. Perkara yang paling penting semasa dalam perjalanan pulang adalah berhati-hati dengan sesungguhnya kerana keselamatan jalan raya adalah begitu perlu diberi keutamaan. Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
