Semasa orang mendaki gunung tertinggi di Malaysia, kelihatan seperti tidak
ada apa-apa di sana, mendaki gunung tahan, gunung balung ayam atau mendaki
gunung tertinggi di dunia sekali pun seperti tidak ada keistimewaan sangat
di kemuncaknya kerana mereka harus turun segera kerana gunung Everest
bukanlah tempat yang sesuai untuk dihuni kerana selain udaranya tipis
ianya juga sering diancam angin kencang dan ribut salju (mungkin).
Tapi mengapa manusia mendaki juga biarpun perlu bertarung dengan maut
sekalipun dan tak kurang juga yang tak kesampaian tiba di kemuncaknya.

Mengapa menusia mendaki juga walaupun di sana bukannya ada intan berlian
atau  emas bergantang.

Jawapannya antara lainnya ialah untuk kebanggaan. kebanggaan untuk siapa,
Kebanggaan untuk diri sendiri, tapi selebihnya untuk Bangsa negara dan
tidak terkecuali juga Agama.

Kita telah ketinggalan. Tapi walaupun ketinggalan kita harus berlari juga
dengan sepenuh tenaga untuk mendaki dan terus mendaki. Berenang dan terus
berenang, belajar dan terus belayar dan lebih-lebih lagi walaupun orang
lain telah naik ke angkasa lepas sejak tahun 1963 lagi dan kita baru nak
naik tahun 2007 itu tidak jadi penghalang untuk kita suatu hari nanti
bakal bersaing dengan mereka.

Naik ke angkasa bukannya perkara yang mudah, ianya sukar walaupun tidak
perlu mendaki. Persiapan perlu lebih banyak , persiapan rohani , persiapan
jasmani dan persiapan peralatan.Persiapan kapal angkasa yang perlu
menepati seratus peratus keupayaannya, penggunaan bahanapi dan sebagainya
agar ianya menepati sasaran yag dituju.

Bagaimanapun persiapan sehebat mana sekalipun , perancangan sehebat mana
sekalipun kita jangan lupa dengan kekuatan yang paling luar biasa,
kekuatan kuasa Allah jauh lebih sempurna daripada apa-apa persiapan ma

Kirim email ke