Terasa agak lama egroup tidak dimeriahkan dengan perbincangan.Mungkin sekali kita semua dalam kesibukan.
Dalam beberapa hari ada seorang dua yang masuk egroup dan ada juga yang keluar. Itu tak mengapa. cumanya hidup seharian kita sering merasakan pelbagai rasa. Ada rasa sedih dan ada rasa suka. rasa sedih boleh membuat seseorang sugul dan adakalanya boleh menangis atau merintih. Sebaliknya rasa suka boleh membuatkan seseorang tersenyum atau ketawa. Ada ketawa kecil, ada ketawa sedang dan ada ketawa besar. Semua itu boleh berlaku di luar tulisan. Tapi kalau melalui tulisan untuk mengambarkan ketawa tu agak sukar sikit dan pelbagai bentuk tulisan dieja bagi memberi makna ketawa. Antaranya yang sering ditulis kah,kah, kah, kah. dan sebaagainya. Ediramle Ismail
