Berkebun ni satu hobi yang menarik, baik dan ada kepuasan tersendiri yang dapat dirasakan.
Bayangkan, dari benih kita semai, kemudian menjaganya dari hari ke sehari, ia semakin membesar dan kelihatan subur menghijau. Tiba masanya ia berbunga dengan lebatnya, kemudian ia berbuah dan semakin membesar buahnya (sesuai dengan saiznya yang biasa) dan akhirnya masak dan buahnya itu dapat dipetik dan kalau lada banyak kegunaannya, boleh buat sambal belacan, boleh perenyek dalam budu, boleh dibubuh dalam gulai dan pelbagai masakan dan ianya sungguh menyelerakan. Di halaman rumah saya yang begitu sempit ada juga saya tanam dua tiga pokok lada burung dan kini sepohon dua daripadanya telah mula mengeluarkan buah, boleh tahan juga lebatnya. mungkin dalam sebulan nanti kalau setakat nak perenyet dalam budu dah tak jadi masalah. Lepas ni kalu siapa nak benih lada burung sebutir dua tu tak jadi masalah . Setalah ni kalau nak benih mamam (sayuran untuk dijeruk) saya ada simpan , bolehlah untuk nak tanam belakang rumah. Tentang penanaman kulat , saya juga sentiasa terfikir dan sering dbincangkan dengan rakan-rakan di kampung, begitu juga dengan tanaman depu, lada,ubi kayu serta mengkudu untuk jadi produk masyarakat kampung. kalu tengok laman di bawahni rasa terliur nak mengusahakan pertanian. http://www.gmpeladang.com.my/ - En. Lan, kalu ada gambar rekaan rak bertingkat tu bolehlah ditempatkan di web, rasa nak tengok juga ni. melalui pautan ini saya tempatkan gambar-gambar yang dirakam kawan saya semasa pertandingan reka bentuk sekolah http://rekacipta.smkberangan.com/ Ediramle En Edi...,Semacam satu kebetulan pula... semalam baru saja saya ke rumah Pak Imam sebelah rumah lama saya di Cheras. ambil benih lada burung (yg kecik & pedas gila tue) untuk disemai. Harap2 menjadilah. memang saya nih jenis penggemar lada alias chili. kalau ada apa2 petua penanaman pokok lain, harap dpt dikongsi. Sekarang saya punya dua hobi baru di rumah saya. 1. Tanam- menanam 2. bertukang-tukangan. Hasil ciptaan saya terbaik setakat ini, rak buku bertingkat dengan sokongan metal, dan wardrobe tanpa kaki yg tergantung! bunyi macam hebat.. sebenarnya bagi si tukang kayu... mereka pasti gelakkan saya.. hehehe! lepas ni saya nak tanam KULAT (juga yang saya suka), dan menghasilkan rekaan lampu hiasan bilik eksklusif!!.. tolong kalau ada petua. ----- Original Message ----- From: "Ediramle Ismail" To: [email protected] Subject: [Tumpat] cili dan resipi - kepada bakal penanam lada Date: Tue, 13 Nov 2007 09:59:14 +0800 (MYT) Kepada bakal penanam lada. sedikit sebanyak tentang lada boleh dirujuk di sini. http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1133049 penanaman menggunakan sistem fertigasi http://www.fertigasi.com/ ini bukan untuk iklan laman di bawah cuma untuk rujukan http://www.cili-fertigasi.com/pakejA.html -- Ediramle Ismail Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- Want an e-mail address like mine? Get a free e-mail account today at www.mail.com! [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links -- Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
