Saya berhajat nak hidupkan kembali perpustakaan yang ditempatkan di PICTKP (Pusat ICT Kok Pasir) yang kini sungguh malap sejak saya berpindah rumah dan menutup sementara PICTKP kerana masalah talian Internet yang sangat tidak "terpakai" di sini.
Kini saya buka semula PICTKP untuk harapan ada anak-anak kampung dan masyarakat berdekatan datang untuk menaip dan membuat kerja-kerja melalui taip menaip. Saya tidak membenarkan sama sekali komputer di PICTKP untuk permainan Game (kecuali oleh anak bongsu saya) . Setelah dibuka semula selepas ditutup sementara dekat setengah tahun. Sambutannya menjadi begitu dingin dan hampir tidak ada mereka yang datang. Walaupun kemudahan sedikit sebanyak telah ditambah. Di PICTKP itu saya tempatkan buku-buku yang saya beli sedikit demi sedikit dan dikumpulkan selama bertahun-tahun . Saya telah menamakannya sebagai Pustaka mini ICT. Dengan nama ini saya kira ia dirasakan berat oleh anak-anak untuk datang baca walaupun di dalamnya lebih banyak buku-buku agama dan novel berbanding dengan buku-buku lain. Saya nak ubah nama perpustakaan Mini tersebut dengan nama lain yang lebih disukai dan nampak lebih sesuai untuk kanak-kanak datang membaca. Kini saya terfikir nak tambah bahan bacaan yang pastinya berguna untuk dibaca. Saya tak mampu beli buku-buku yang banyak. tapi saya rasa nak print tulisan-tulisan yang baik di internet dan bandingkan mengikut tajuknya dan letakkan di situ supaya kanak-kanak atau orang dewasa yang datang boleh baca. Saya kira, untuk nak bantu masyarakat dengan cara lain mungkin tak berkemampuan. Dengan cara ini salah satunya yang boleh dilakukan di antara banayak perkara yang boleh dilakukan. Apakah nama yang patut saya berikan untuk perpustakaan mini di PICTKP ini. minta pandangan. -- Ediramle Ismail Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
