Sempena hari yang mulia ini (Hari Raya AidilAdha) selepas solat sunat Hari Raya .
Bertempat di Pusat ICT Kok Pasir , tanpa iringi gendang dan rebana, tanpa iringi serunai dan gong, tanpa majlis rasmi dan guntingan riben, tanpa tetamu undangan dan kenamaan. Saiz fizikal PSMD yang terlalu kecil dan sempit serta kekurangan serba tidak memungkinkan dapat memenuhkan hasrat yang besar ini. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, dengan ini kurasmikan Pusat Sumber Pustaka Desa , Kg. Kok Pasir berserta Laman Webnya http://pusatsumber.kokpasir.com dengan harapan semoga ianya memanfaat bukan sahaja untuk diri peribadi tetapi juga untuk semua. Kuperbuatkan ini bukan untuk nama dan kepujian kerana perkara itu sebenar tidak ada apa-apapun maknanya buat diri peribadiku, semuanya tidak akan sampai ke manapun tapi demi kasih sayangku pada Agama, sanak keluarga, rakan-rakan, kampung laman, masyarakat , bangsa dan negara, ingin sedikit kumaknakan pengorbanan tanpa bosan dan jemu ,biarpun usahaku ini hanya sekadar setitik air di luasnya lautan samudera . Setiap hasrat dan perbuatan yang baik itu pastinya takkan rugi dan ianya kuanggapkan sebagai sumbanganku sempena menandakan aku pernah hidup di dunia ini. Kehidupan itu anugerah yang terlalu besar untuk digambarkan , kesihatan rohani dan jasmani itu terlalu tinggi nilainya . Sempena hari raya korban yang mulia. kuucapkan selamat Hari Raya untuk semua rakan-rakan semoga persahabatan yang dijalin ini akan berterusan sampai bila-bila. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin. http://pusatsumber.kokpasir.com
