Jalan Berliku Menuju Destinasi : Dalam Konteks Pengkaryaan
_______________________________________________________
Entri daripada : www.tintarona.blogspot.com
KEPUASAN sebenar bukanlah untuk sampai ke destinasi tetapi pengisian
perjalanan itu yang lebih memberi pengalaman berharga. Demikian yang
boleh saya rumuskan tentang proses pengkaryaan sesebuah manuskrip novel.
Mungkin pendapat orang lain berbeza!

Sering saya menerima rungutan teman-teman pengkarya yang muyskil setiap
kali mahu menamatkan sesebuah manuskrip novelnya. Sukar mencari ending
katanya. Sukar menyimpul peleraian dari setiap persoalan yang
ditimbulkan.

Maka, terjadilah manuskrip yang tiada 'brek'. Sukar untuk berhenti.
Semakin digarap semakin jauh perginya, semakin keliru destinasi. Malah,
mesej menjadi kabur, matlamat semakin tidak kelihatan. Manuskrip juga
semakin tebal.

Teringat saya pada kata-kata guru saya semasa di universiti dahulu (SN S.
Othman Kelantan), “pengalaman dan kehidupan dalam sesebuah karya ibarat
sebuah kehidupan juga, tidak pernah berhenti … tiada berpenghujung.
Tulislah,” katanya.

Tidak semua hasil karya bermula dari A dan berakhir dengan Z. Ada pembaca
terhibur dengan garapan antara B hingga Y, walaupun A dan Z bukanlah
pemula dan pemyudah yang memuaskan.

Terdapat pelbagai teknik olahan dan penceritaan yang menghiburkan. Yang
mampu mencetuskan idea kepada si pembaca. Yang mampu pula menawarkan
pengalaman pembacaan yang menyeronokkan.

Akan tetapi bukanlah bermakna kita dengan sengaja meninggalkan banyak
persoalan tergantung dan tidak terjawab semata-mata kerana kita mahu
berkiblatkan fahaman tadi. Jangan berselindung di sebalik ‘teknik’
kononnya, walhal kita mahu menyembunyikan kelemahan kita. Jangan
sekali-kali! Ibarat seorang pelukis Abstrak yang sebenarnya tidak
berbakat menghasilkan karya seni halus!

Jadilah penulis yang bertanggungjawab di mana setiap apa yang digarapkan
mampu menyampaikan mesej dan manafaat berguna. Mungkin mesej karya juga
boleh sampai tanpa kita menjejak ke destinasi!

Jadi, dalam pengkaryaan saya kurang bersetuju cetusan daripada seorang
teman yang berkata, tidak kira di mana dan bagaimana ia bermula, yang
penting kesudahannya mesti memuaskan hati.

Ada sesiapa yang bersetuju? Mari berdiskusi.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1429

Melalui tapisan: TINTARONA Publications Sdn Bhd Pada 10:13 AM

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.tintarona.blogspot.com 

-- 
Are we headed for a recession? Read more on the Money Portal
Mail.com Money - http://www.mail.com/Money.aspx?cat=money

Kirim email ke