Saing-saing pakdo sekelian. Baru beberapa jam yang lalu kita telah memasuki
tahun baru 1429 Hijrah.
Pakdo bersyukur kerana ketika ini pakdo masih merasai nikmat kesihatan yang
agak baik dalam usia yang telah bertambah setahun lagi .

Tahun ini Pakdo hanya berubah sedikit sahaja, iaitu semakin keemasan usia
ini, bertambah pula keputihan warna rambut di kepala.
Sempena menyambut tahun baru hijrah ini, pakdo merenung diri pakdo, semakin
pakdo renung semakin banyak kekurangan pada diri pakdo. Bentuk tubuh dan
perubahan tubuh badan pakdo juga mengambarkan perubahan jiwa dan perkiraan
pakdo.

Banyak perkara yang pakdo nampak dalam renungan pakdo, pakdo nampak antara
kekurangan yang nyata adalah kekurangan kesabaran. Pakdo seharusnya lebih
bersabar dan menerima semua ujian dan kerenah anak cucu pakdo dengan lebih
sabar.

Kesabaran ni banyak faedahnya dan orang-orang yang sabar selalunya akan
beroleh kejayaan. Mereka sabar dalam menjalankan tugas-tugas dan cita-cita
walaupun banyak halangan dan banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Kiranya ada sedikit sebanyak rasa tak puas hati, pakdo dan saing-saing pakdo
kenalah bersabar. Memangnya agak sukar untuk senyum ketika hati tidak
gembira, tapi kiranya amalan sabar telah kukuh dalam diri pakdo, pakdo boleh
tersenyum dalam apa keadaan yang sepatutnya pakdo tidak tersenyum.

Hijrah itu cukup besar maknanya untuk pembangunan diri pakdo, sepatutnyalah
setiap tahun pakdo berhijrah . Berhijrah sikap , berhijrah pemikiran,
perasaan  dan perbuatan ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sempena tahun baru ini, pakdo telah siapkan tapak untuk pakdo mencurahkan
rasa pakdo melalui egroup dan melalui blog. Egroup yang pakdo minta saing
pakdo buat ialah [EMAIL PROTECTED]  . pakdo nak ajak saing-saing bersama
pakdo berbual-bual tentang topik yang menarik yang tak habis dibincangkan
iaitu hidup dan kehidupan yang penuh dengan impian dan kenangan.

http://groups.yahoo.com/group/pakdo/

untuk masuk.

http://groups.yahoo.com/group/pakdo/join?

Bukan pakdo tak nak mencatat perasaan pakdo di egroup yang pakdo sertai
sekarang, tapi pakdo seakan terasa-rasa yang ada sebahagian daripada
saing-saing pakdo tidak suka mendengar catatan pakdo yang mungkin dikirakan
sebagai tak ada apa-apa , malah pakdo bimbang kalau-kalau catatan pakdo
menganggu pembacaan dan tumpuan sesetengah saing-saing pakdo sekelian.
Maklum saja bahasa pakdo adalah bahasa lama dan adakalanya ejaan pakdo pun
kurang betul dan sering tersasul.


Terima kasih daripada pakdo dan Selamat Tahun Baru Hijrah.

-- 
Hormat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke