Apakah lantaran perkara-perkara negatif begini kita harus meninggalkan
internet ( ICT ) yang ternyata jauh lebih besar manfaatnya berbanding
keburukannya.

Siapakah pembuli siber kalau tidak antara pengguna ICT seperti kita juga.




Edi



Berita di bawah dipetik sepenuhnya daripada Barita Harian.


Pembuli siber ancam pengguna internet
Oleh Mohd Azis Ngah


KUALA LUMPUR: Sejumlah 46 peratus atau hampir enam juta daripada kira-kira
13 juta pengguna internet di Malaysia terdedah kepada ancaman dan serangan
pembuli siber kerana terlalu banyak mendedahkan maklumat peribadi mereka
di laman web.

Sebahagian besar daripada angka itu membabitkan kanak-kanak dan remaja,
kumpulan yang disifatkan paling berisiko menghadapi ancaman pembuli siber
berbanding golongan dewasa yang lebih matang.

Buli siber ialah sebarang bentuk ancaman dan serangan yang boleh dikenakan
terhadap seseorang pengguna internet melalui pesanan teks, gambar menerusi
e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan
dan mengugut.



Ia boleh dilakukan menerusi internet seperti menyebarkan khabar angin,
menghantar imej yang mengaibkan secara berterusan atau dengan mengekori,
mengancam atau memeras ugut seseorang individu menggunakan maklumat yang
diperoleh daripada zon siber.

Pengurus Pemasaran Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Asia Selatan,
Effendy Ibrahim, berkata pengguna internet yang selalu berkongsi maklumat
dengan rakan sering tidak menyedari risiko ancaman pembuli siber setiap
kali mereka berbuat demikian.

Katanya, tindakan mereka mendedahkan maklumat peribadi yang ada kalanya
sulit, sama ada melalui internet, laman web sendiri atau blog, boleh
digunakan pihak tertentu sebagai bahan dan alat untuk membuli serta
mengancam mereka.

“Memang kecanggihan teknologi maklumat (IT) memberi remaja dan kanak-kanak
banyak pilihan untuk berhubung, bergaul serta berkomunikasi, tetapi ia
boleh mengundang masalah apabila wujud pihak yang mahu mengambil
kesempatan menganiaya mereka.

“Buli atau ancaman siber ini boleh dilakukan sesiapa saja, termasuk
kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Jadi, pengguna internet khususnya
kanak-kanak perlu berhati-hati apabila mendedahkan maklumat peribadi
masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),
pengguna internet di negara ini berjumlah 12.9 juta sehingga September
2007. Daripada jumlah itu, 11.7 juta melanggan secara ‘dial-up’, manakala
1.2 juta lagi menggunakan khidmat jalur lebar.

Sejumlah 46 peratus daripada mereka sering melayari laman sosial seperti
Friendster, MySpace, Xanga, atau Facebook dan kebanyakannya seronok
menghantar serta berkongsi profil peribadi selain gambar tanpa menyedari
maklumat itu boleh dipintas dan direkod pihak tertentu.

Effendy berkata, walaupun buli dan ancaman siber mungkin sesuatu yang baru
dan tidak banyak dilaporkan di negara ini berbanding negara maju, beliau
percaya ada yang sudah menjadi mangsanya dan perkara itu perlu dibendung.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa supaya sentiasa memantau
pergerakan anak mereka dengan mengambil tahu laman web yang dilayari serta
memastikan mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk memberikan
alamat rumah, nombor telefon kepada rakan internet.

“Ancaman dan buli siber boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak
kerana sesuatu maklumat yang sepatutnya bersifat peribadi boleh disebarkan
secara meluas dalam tempoh singkat sehingga mengakibatkan mereka mengalami
trauma.

“Sebagai contoh, sekeping gambar memalukan yang diterima melalui internet
atau telefon bimbit boleh dihantar kepada berpuluh-puluh rakan sekolah
seseorang murid dalam mangsa singkat sehingga mengakibatkan pemiliknya
tertekan.

“Perbuatan ini yang mungkin bermotifkan buli, peras ugut, atau ancaman
boleh dilakukan dengan mudah menerusi internet atau telefon bimbit dan ia
sebenarnya satu jenayah kejam kerana menzalimi dan menganiayai
kanak-kanak,” katanya.

Mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen,
permintaan, cadangan atau komunikasi yang bersifat lucah, tidak senonoh,
palsu, mengancam serta serangan dengan niat mengancam atau mengacau, ialah
satu kesalahan dan mereka yang sabit kesalahan itu boleh dihukum penjara
sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000.








Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke