Pandangan Ramo tentang keikhlasan. sama-sama difikirkan. Edi
---------------------------- Original Message ---------------------------- Subject: Re: Keikhlasan , tiada batasannya? From: "ramo53" <[EMAIL PROTECTED]> Date: Wed, January 23, 2008 8:23 am To: "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]> -------------------------------------------------------------------------- Keikhlasan adalah satu cabang daripada akhlak yang mulia. Beza dengan integriti. Integriti seruan barat yang terbatas kepada keiklasan di dunia sahaja. Tetapi ikhlas anjuran Islam ialah satu cabang ikhlak yang baik dan mendapat ganjaran Allah SWT di hari akhirat. Dalam perjuangan, lihatlah kepada matlamat. Kalau mengharapkan balasan dunia, ia hanyalah nilai integriti. Tidak dapat ganjaran Allah. Kalau ikhlas kita untuk dunia akhirat, kita akan mendapat ganjaran kedua-duanya. Ikhlas dalam perjuangan tidak mestinya membuat sesuatu untuk orang lain. Kena ada kepentingan diri. Tetapi jangan ada kepentingan diri yang lebih besar daripada kepentingan sejagat. Ikhlas kena ada kawalan dari dalam. Dalam diri kena ada satu set nilai yang mengutamakan takwa kepada Allah. Takwa seperti takut iaitu takut dan mengharap keredhaan Allah. Rebullah sesuatu yang banyak. Jangan merebut sesuatu yang sedikit yang orang berebut-rebut untuk mendapatkannya. Sesuatu yang banyak ialah peluang untuk membuat pahala. Sesuatu yang sedikit itu ialah pangkat dan kedudukan. Sekian. Wassalam > > > > > Ediramle Ismail > > On Sun, January 20, 2008 11:30 am, nur umairah wrote: > saya setuju dengan pandangan saudara anuar.. > bukan balasan yang menjadi ukuran.. > Nabi kita berjuang dengan penuh keiklasan juga diduga oleh Allah.. > Keiklasan itu hanya Allah yang yang lebih mengetahui.. > > Wallahuaqlam... > > anuar kadir <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Keikhlasan itu adalah bukan dari penilaian manusia itu sendiri. > Tetapi keikhlasan itu datang dari penilaian Allah yang lebih > mengetahui. Pada pendapat saya, usahlah kita cari keikhlasan > yang hanya mainan pada insan biasa. Bak kata pepatah, rambut > sama hitam tetapi di dalam hati siapa yang tahu. > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Keikhlasan. Suatu > perkara yang positif dan patut diamalkan sentiasa agar > apa yang dilakukan itu tidak ada di sebaliknya ini melambangkan kebersihan > jiwa seseorang pengamalnya. > > Bantuan, sokongan, pertolongan , sumbangan dan sebagainya yang ikhlas > selalunya tidak mengharapkan balasan yang seumpamanya. > > Tapi sejauh manakah batasan keikhlasan yang sewajarnya kita amalkan, atau > ia bergantung kepada kemampuan fikiran dan perasaan seseorang? > > Apakah keikhlasan juga ada pada tempat-tempat tertentu sahaja atau berada > di semua tempat dan suasana? > > Mohon pandangan. > > -- > Ediramle Ismail > > > > > > --------------------------------- > Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! > Search. > > > > > --------------------------------- > Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. >
