Dimaklumkan satu kaji selidik aktiviti dan prasarana telecenter akan dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Utara Malaysia yang akan berkunjung ke Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir (Pusat ICT Kok Pasir) pada pukul 4.00 petang 26 Mac 2008.
Kajian di bawah geran NCER untuk meninjau kegiatan dan prasarana telecenter (i.e. PID, MID, Pusat Komuniti, Perpustakaan desa dll.) di seluruh Semenanjung Malaysia. Memandangkan Pusat Sumber Maklumat Kok Pasir saya tempatkan di internet http://pusatsumber.kokpasir.com , penyelidik berkenaan telah hubungi saya untuk berkunjung pada hari tersebut. Saya beritahu mereka yang pusat sumber ini hanya sebuah ruang yang sempit dan dalam keadaan yang serba kekurangan dan jauh sekali dapat diertikan sebagai sebuah pusat sumber dalam erti sebenarnya. Beliau berkata tak apa kerana ianya diusahakan secara persendirian. Bagaimanapun saya katakan saya akan berikan kerjasama sepenuhnya terhadap kajian ini. Walaupun begitu saya masih risau juga bimbang kalau beliau datang dan hanya bertemu saya seorang sahaja. Oleh yang demikian saya mohon terutamanya rakan-rakan yang berada berhampiran turut hadir sama pada 26 Mac 2006 pukul 4.00 petang . Saya sangat mengharapkan Wazam dan rakan-rakan ICT lain dapat hadir pada waktu tersebut kerana mereka juga ingin berjumpa 5 orang lain bersama saya ketika itu dalam melaksanakan kejian tersebut. Katanya sekurang-kurangnya 2 orang Pensyarah ICT dari UUM yang terbabit dalam kajian tersebut. Ediramle Ismail, Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
