Program Kaji Selidik Aktiviti dan Prasarana Telecenter yang diadakan di Pusat ICT Kok Pasir & Pusat Sumber Maklumat Kok Pasir telah berjaya dijalankan. Berbanyak terima kasih diucapkan terutamanya kepada sdr Wazam kerana dapat hadir.
Kehadiran 2 penyelidik dari UUM tepat pada masa yang dijanjikan. Beberapa cetusan telah saya sampaikan selain borang kuning dan borang merah yang perlu dipenuhkan. Sejumlah 22 borang kini dalam proses pengisian dan akan dihantar sesegera mungkin. Terima kasih kepada rakan-rakan yang meluangkan masa mengisi borang yang agak banyak soalan disediakan . Soalan banyak berkisar kepada Pusat ICT. Mengikut pengkaji selidik, pusat ICT Kok Pasir ditemui melalui internet sebelum ambil keputusan untuk datang ke sini. Saya percaya kalau satu masa nanti ada sumbangan dan bantuan oleh pihak-pihak yang berkemampuan diberikan kepada PUsat ICT ini , Saya bercadang untuk berusaha mempertingkatkan kemampuan masyarakat sekitar dalam ICT. Beberapa program yang telah sekian lama tersimpan tentunya boleh dilaksanakan. Setakat ini saya telah bersedia untuk adakan kursus secara percuma untuk seorang dua setiap sesi bertempat di sini. Ediramle Ismail
