Saing-saing Pakdo sekelian.
Alhamdulillah, Pakdo kini berada dalam keadaan sihatsejahtera sekali.

Pakdo terasa  begitu hening dan sunyi tapi tidak sepi. Keadaan yang nyaman
dan sangat mendamaikan. Seakan kiranya setetes air yang jatuh dari daun
keladi ke permukaan kolam yang jernih dapat menghasilkan bunyi yang merdu
diikuti riak-riak air yang berpusat kemudian semakin menjauh hingga tiba di
birai kolam.

Hari ini pakdo nak membicarakan mengenai kehebatan. Pakdo perhatikan ,
kejadian alam semesta ciptaan Allah ini sungguh mengkagumkan dan ianya
sungguh hebat.

Pakdo perhati, kejadian manusia antara yang terbaik dan memiliki kesedaran
yang tinggi dan dianugerahkan tenaga yang cukup besar.
Manusia pada asalnya tidak boleh terbang kerana tidak bersayap dan kedua
belah tangan mereka tidak bersayap.Mungkin terbang bukan sebagai keutamaan
kepada manusia , kerana manusia kemudiannya bakal boleh terbang dengan lebih
pantas dan labih jauh daripada burung-burung yang bersayap.

Manusia tidak dikurniakan mata yang setajam mata kucing atau mata musang,
mungkin itu bukan keutamaan kerana suatu masa nanti manusia akan dapat
melihat dalam keadaan yang sebagaimana gelap sekalipun. Dan kini ternyata
manusia mampu melihat dengan terang benderang pada waktu dan di ketika yang
paling gelap sekalipun.

Manusia tidak dikurniakan ekor yang baik sepertimana ikan bagi membolehkan
mereka berenang dengan pantas,kerana mungkin itu tidak menjadi keutamaan
kerana pada suatu masa nanti manusia bakal mampu berenang melebihi kemampuan
kepantasan ikan berenang.  Dan ini ternyata menjadi kenyataan bila manusia
manusia dapat memintas ikan-ikan yang begitu hebat berenang di lautan.
manusia dapat memmanfaatkan laut lebih daripada ikan memmanfaatkan laut.

Banyak sekali kehebatan-kehebatan yang lahir dan dapat dilihat melalui
renungan, melalui tafakur ,melalui meditasi dan melalui pemikiran yang
tenang.

Walaupun begitu hebat (dikurniakan) tapi hanya sebahagian kecil sekali
manusia yang menyedari kehebatan diri mereka. mereka tidak tahu yang mereka
hebat. mereka tidak tahu yang sebenarnya semua orang boleh jadi superman,
semua orang boleh jadi seperti ultraman, semua orang boleh jadi seperti jin
aladin.  Hanya beberapa orang sahaja yang menyedari dan dapat menggunakan
sebahagian daripada kehebatan yang mereka ada itu.

Manusia hanya menggunakan hanya kurang daripada 10 peratus kuasa yang mereka
ada. Di mana lagi 90% , ini sudaha tentu mereka tidak menyedarinya. Mereka
lihat hanya pada permukaan ketulan ais yang terapung, tapi tidak melihat
betapa berganda kali besarnya ais yang tenggelam di bawah permukaan lautan.

Pakdo tidak berapa tahu sangat tentang perkara ini. Tapi 88% daripada
keupayaan manusia adalah tersembunyi dan itulah yang tidak disedari mereka.
Keupayaan itu berada pada minda di bawah sedar mereka. Minda bawah sedar ini
sentiasa berfungsi dan merakam sepanjang hayat seseorang manusia biarpun
ketika jaga atau ketika tidur.

Semudah itukah untuk membangunkan minda bawah sedar. Tentunya tidak ,ianya
perlu digali dan dikorek serta disaring agar dapat menghasilkan galian yang
sangat berharga yang tentunya hanya dapat diperolehi oleh mereka yang
memerlukannya.


Pakdo kira cukup setakat ini untuk kali ini kerana kalau berpanjangan pakdo
kira saing-saing pakdo tidak bakal memhabiskan bacaan catatan pakdo ini.

Pakdo gi dulu.


Hormat selalu daripada pakdo.

Kirim email ke