InsyaAllah kiranya cuaca baik seperti pagi ini, program lanjutan kepada
kembara pulau delta akan diadakan. Setakat ini seramai lebih 15 orang akan
menyertainya.


Aturcara Program:

MEMUKAT PENGALAMAN DI PANTAI MENARA API TUMPAT

Tarikh: 3 April 2008 (Bermula petang Khamis hingga pagi Jumaat)
Tempat bertolak: Pengkalan Kok Keli, Tumpat, Kelantan.
Masa: 4.00 petang Khamis.
Pengangkutan: Motorboat enjin galah.
Bayaran penyertaan: RM 10 (untuk kos tambang boat)

Acara program:

4.00 - Bacaan doa dan bertolak dari Pengkalan Kok Keli .( Berhampiran Gate
Kok Keli.)
3.30 ptg- 4.15 - Menyusur suasana sungai pulau Delta.
4.10 - Dijangka tiba ke Pantai Rumah Api .
4.20 - Persiapan tempat.(pasang tempat berteduh , khemah kecil dan
sebagainya.
4.40 - Solat Asar.
5.00 - Menarik Pukat tarik di lagun. Mencari kepah, sebahagian peserta
boleh mamancing dan aktiviti lain.
7.00 mlm- Minum petang .
7.20 - Solat Maghrib - Tazkirah Maulidur Rasul, Solat Isyak, Tahlil dan
salawat Maulud.
8.45 mlm - Bakar ikan,udang dan ketam . Makan Malam (Bekalan nasi dibawa
secara persendirian)
9.30 malam - Memancing, tarik pukat.
11.00 malam - Sembang-sembang Pantai. – Tajuk:  Peranan Masyarakat dalam
memajukan bangsa.
12.30 malam - tidur berulitkan bayu. Kepada yang nak memancing teruskan
memancing.
5.30 pagi Jumaat. Bangun pagi, mandi lagun , solat subuh.
6.30 pagi - Riadah, senaman ringan, ronda pantai.
7.00 Sarapan pagi.
7.30 Gotong royong membersih pantai.
8.30 pagi - Bertolak balik .

*Kumpulan pertama – Nazir Yaacob – dijangka bertolak pukul 4.00 petang
dari pengkalan Kok Keli.

*Kumpulan kedua – Ustaz Hj. Che Kasim Husain – dijangka bertolak pukul
6.00 ptg bersama Wazam dari pengkalan Sungai Selehor.
*Kumpulan ketiga – Sidi Ahmad Yusof dijangka bertolak pukul 11.00 malam
dari Pantai Ndor


Ediramle Ismail
[EMAIL PROTECTED]
0129032948





Kirim email ke