Selepas kembara pulau Delta, dan Kembara Pantai Delta , bermula petang 6 April hingga tengah hari 12 April saya langsung tidak berkesempatan melayari internet kerana jalani dua siri kembara iaitu Kembara minda dan Kembara rehat minda. Yang menariknya beberapa idea diterima semasa dalam perjalanan menaiki kereta api dari Tumpat ke Kluang dan perjalanan balik dari Kluang ke Tumpat .Selebihnya berada di Parit Raja dan Batu Pahat kurang lebih 5 hari. Tak banyak perkara yang ditemui di sana selain sambungan kepada apa yang ditemui di perjalanan kereta api.
Ada beberapa siri kembara lagi termasuk kembara siber, kembara maklumat bakal dijalani bertujuan sebagai usaha untuk kembali menulis semula setelah sekian lama seakan berhenti menulis (Karya Sastera). Sukar sungguh dirasakan untuk kembali berkarya setelah sekian lama meninggalkannya dan rasanya tidak lagi boleh kembali untuk menulis sajak kerana seperti dirasakan kehilangan kepekaan berbanding suatu ketika dulu. Kepada rakan-rakan pesisir, saya mohon laluan agar sentiasa dapat berkhidmat kepada pesisir hanya sebagai ajk biasa ( Dalam Biro ICT). Ediramle Ismail.
