Saya selaku moderator kepada beberapa egroup akan cuba sedayanya mengurangkan e-mel skim-skim tertentu seumpama skim cepat kaya, surat-surat berantai daripada dikirimkan ke egroup dengan pilihan mudah iaitu memban.
Banyak sudah yang dikenalpasti dan telah diban dari masa ke semasa.Kepada moderator egroup lainnya. Saya cadangkan semoga ditutup ruangan calender di egroup, kerana banyak sudah egroup dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan iklan di calender yang seterusnya mengirimkan iklan secara automatik pada setiap hari atau pada ketika-ketika tertentu sepertimana yang disetkan. Pada ruangan members juga perlu ditutup supaya mereka yang suka ambil kesempatan mengambil e-mel yang terdapat di situ untuk tujuan tertentu. Terima kasih.
