Semasa ke pesta wau hari tu, saya lupa nak tanya kepada peserta di sana? Semasa tu berhimpun ramai mereka yang meminati wau atau layang-layang.
Juara keseluruhan pesta Wau Antarabangsa ialah Wakil dari kelantan. Wau cobra juara dalam kategorinya kalau tak silap kategori kreatif. Kategori wau terbanyak dimenangi peserta dari Jepun . sebanyak 18 kategori dipertandingkan pada pesta waua di pantai Geting. Orang Melayu juga setanding dengan peserta dari luar - contohnya wau big foot dan wau keris serta wau sotong menjadi tarikan kepada pengunjung . Ediramle On Wed, May 28, 2008 9:37 am, Azizul wrote: Assalamualaikum, Tuan, Kat mana buleh beli wau bulan/kucing hok boleh naik, bukan wau sobek. Hujung minggu ni ingat nak balik Tumpat. Pesta wau dah lepas, boleh sesiapa bagitau tak tempat yg ada jual atau ada boleh tempah dgn sesiapa. TQ Azizul From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of Ediramle Ismail Sent: 25 May 2008 20:57 To: [EMAIL PROTECTED]; [email protected]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED] Subject: [Tumpat] Gambar-gambar Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008 Petang tadi , ahad 25 Mei bermula pukul 4.00 hingga 6.00 petang , saya sempat berkunjung ke Pesta Wau antarabangsa Kelantan 2008 bertempat di Pantai Geting Tumpat. Kebetulan seakan berjanji dengan sdr. Yushazizi (Rakan ICT) yang balik bercuti selama seminggu mulai semalam (24 Mei). Saya bertemu Sdr. Yush di Pesta Wau dan masing ambil kesempatan merakam gambar di sana. Gambar-gambar boleh dilihat melalui pautan di bawah: http://mygg2u.blogspot.com - Gambar yang dirakamkan oleh sdr. Yushazizi. http://pestawau.kokpasir.com - Gambar yang dirakam oleh Ediramle Ismail Kepada rakan-rakan, terutamanya yang berada di Kelantan , bolehlah berkunjung ke sana. Khbarnya pesta akan dilangsungkan sehingga 27 Mei. Ediramle Ismail
