Malam tadi, sebaik pengumuman di Berita TV yang mengatakan harga minyak akan naik bermula hari ini Khamis 5 Jun 2008.
Orang ramai seperti mengambil kata sepakat menuju ke stesen minyak beramai-ramai. Tinjauan rambang di daerah Tumpat mendapati setiap stesen minyak di sini (Yang dibuka) didapati begitu ramai mereka yang berbaris dengan kereta dan motorsikal menunggu giliran untuk mengisi penuh tangki motorsikal dan kereta mereka sebelum menjelangnya jam 12 tengah malam. Keadaan ini seperti sebuah pesta dan pesta ini mungkin boleh dinamakan pasta minyak. Hari ini harga minyak telah naik dan kenaikan itu adalah agak besar . Pastinya kenaikan tidak bakal disusuli dengan turun semula, malah selalunya disusuli dengan naik lagi suatu masa nanti.
