tq

ismail zaki <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                      Catatan 4 jun 2008;
   
  On the way balik rumah ptg smlm, tetiba abang aku yg dok kat Johor SMS, 
"Harga minyak akan naik mulai tgh malam ni". Masa tu lebih kurang jam 7.05 ptg. 
Aku singgah jap kat expo di Pantai Geting nak beli pam tayar coz tayar motor 
aku kat umah pancit. Lepas tu aku terus ke stesyen minyak utk isi minyak. Mak 
oiii!!!! banyaknya kereta tengah que. Maka terpaksalah kereta aku jln 
mengesot-ngesot. Dah agak lama beratur, rasanya dlm ½ jam, tetiba enjin kereta 
aku mati. Rasa aku pasal bateri dah kong. Masa tu hanya tinggal selang 2 buah 
kereta utk aku masuk simpang stesyen minyak. Dlm keadaan kereta berhimpit2, 
terpaksalah aku mintak tolong polis yg sdg kawal trafik tolong tolak letak tepi.
   
  Pasal hari dah gelap, terpaksa lah aku tinggalkan kereta kat situ dan aku 
menapak balik ke rumah yang jauhnya 1km dr situ.
   
  Bila tiba kat umah, alamak aku tertinggal kunci rumah dlm kereta. Masa tu 
wife dan anak2 balik kampung. Apa lagi terpaksalah aku menapak balik ke stesyen 
minyak tu utk ambil kunci rumah dan kunci motor dlm kereta dalam suasana hari 
dah semakin malam. Setelah aku ambik semua barang dlm kereta, aku jalan kaki 
balik semula ke rumah. Nak tumpang motor orang, aku tak berapa kenal orang kat 
situ. Setengah yang aku kenal pun perempuan, takkan nak bonceng ngan org 
pompuan kot. Lagi pun masing2 nampak berpusu-pusu memunggah segala jenis tong 
yang ada utk mengisi minyak. 
   
  Dalam setengah kilometer lagi nak sampai, tetiba wife aku lalu. Dia tak 
perasan kat aku, mungkin sebab dah malam. Jadi cepat2 aku call suruh pusing 
balik, tapi yg angkat telefon tu anak aku yang baru tadika, susah kau nak 
fahamkan dia yang aku ada kat belakang. Kemudian barulah wife aku jawab, masa 
tu dia dah sampai kat umah. Dan bila dia pusing balik, aku dah berada dlm kira2 
250 meter jer dari umah. Jadi alhamdulillah sempat jugak aku solat maghrib kat 
rumah walaupun semput.
   
  Cerita aku tak habis setakat tu, dalam pukul 10.25 aku agak kereta yg beratur 
kat stesyen minyak dah kurang. Maka aku ajak wife keluar nak gi tukar tong gas 
sambil isi minyak kereta wife aku dan aku nak cuba gi start balik enjin kereta 
aku, kot-kot boleh hidup. Bila sampai, wah kereta masih banyak beratur. Aku 
pusing ke satu lagi stesyen minyak sebab kat situ dgr cerita tak ramai org yg 
pergi. Sampai jer, stesyen minyak dah tutup. Aku pun pusing balik ke stesyen 
minyak yang tadi. Terpaksalah jugak beratur. Cukup lama beratur, rasanya dah 
lebih dari setengah jam, tetiba tokey stesyen minyak tu dah tak larat nak 
panjangkan lagi waktu perniagaan. Tepat jam 11.34 mlm, stesyen minyak tutup. 
Maka frustlah berpuluh2 buah kereta dan lori yg sedang beratur panjang utk isi 
minyak. Kereta aku yang aku tinggalkan kat tepi jalan tadi tu pulak masih tak 
mau hidup dan terpaksa aku tinggalkan di dlm garaj org kat tepi stesyen minyak 
tu. Nasib baik tuan garaj tu baik hati.
   
  Maka malam tu terpaksalah aku pulang semula ke rumah dengan hampa.
   
  Yang aku dapat pada malam tu :
  1. Minyak kereta aku dan kereta wife aku berkurangan kerana terpaksa beratur 
panjang.
  2. Penat kerana terpaksa menapak berulang-alik ke rumah.
  3. Kereta aku tersadai kat umah orang.
   
  Nasib aku, YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN.
   
  INILAH NEGARA AKU YANG MEMPUNYAI SUMBER MINYAK TAPI KELAM KABUT DISEBABKAN 
OLEH MINYAK.


                           
  ..oooO..............Let Islam
....(....)...Oooo...Be
.....)../.....(....).....Our
....(_/.......)../......Way
..............(_/.......of Life
















                           

       

Kirim email ke