DERAI-DERAI DEBU : Naskhah yang Menguja

( www.celikhuruf.blogspot.com )

Menangani karya terbaharu Pak Darma (Darma Mohamad) memunculkan
keterujaan sepanjang masa. Lalu terdetik di hati saya, andai naskhah ini
dinilai untuk Hadiah Sastera, mungkin ada tempat yang istimewa untuknya.


Pertama sekali saya menerima manuskrip ini dengan judul tidak berubah
sekitar setahun yang lalu. Atas beberapa halangan dan himpitan masa
manuskrip ini terseret ke tahun ini untuk diterbitkan. Sedikit kesal
bersulam namun kepuasan jua hadir apabila menatap naskhah ini sudah
'comel' dalam bentuknya.


Meskipun dihimpit beberapa halangan, saya tetap 'berdegil' untuk tidak
melepaskan manuskrip ini ke tangan orang lain untuk ditangani. Saya tidak
mahu melepaskan setiap keterujaan lewat tulisan beliau di dada manuskrip
ini. Saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.
'Derai-derai Debu' menampilkan kisah kekeluargaan yang kaya dengan nilai
untuk diteladani. Malah pembaca dihamparkan sifat luar biasa watak Zuhrah
yang membangkitkan rasa ingin tahu.
Kecekalan watak Zuhrah mendepani cabaran mengutip ilmu bekalan hidup
diiring dugaan dan cabaran. Bapa tirinya sendiri (Humaidi) tidak senang
dengan perlakuan ganjil tentang dirinya. Ini termasuk kegilaanya menulis
surat kepada Hellen Keller yang sudah lama mati. Demikian apabila dia
sering sahaja bercakap dengan pokok-pokok dan tumbuhan.
Gadis yang menekuni bidang bioteknologi ini punya sifat yang luar biasa,
punya semangat yang benar kental. Pembaca juga akan didedahkan
pertentangan dalam hubungan anak dan bapa tiri, adik beradik tiri dan
juga pertentangan nilai kehidupan dari dua insan yang diasuhkan dengan
latar berbeza.
Malah, banyak sekali keterujaan akan dapat dinikmati lewat karya
terbaharu Pak Darma ini. Manuskrip asal dengan 284 muka surat, kini
diatur huruf menjadi 394 muka surat disaluti kulit yang merangsang minat.
Jarang sekali apabila kita membaca sesebuah novel lalu mengulangi
pembacaan kita. Namun, Derai-derai Debu pasti meruntun nafsu untuk
diladeni buat kali kedua. Seperti sesetengah buku yang berada dalam
senarai kesukaan saya.
P/s: Sebagai editor untuk Derai-derai Debu, saya beri bintang penuh!


Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
See Exclusive Videos: 10th Annual Young Hollywood Awards
http://www.hollywoodlife.net/younghollywoodawards2008/

Kirim email ke