patut lm x nampak dmeo nline kat YM.... apa-2 pun satu catatan yg menarik. 2008/6/21 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:
> Sekadar mengongsi sedikit pengalaman. > > Sebuah catatan ringkas sepanjang perjalanan dan ketika bermalam di Shah > Alam. > > Khamis 18 Jun , pukul 8.45 malam. Kami bertolak dari kediaman di Kok > Pasir ,tumpat, Kelantan. > > 11.30 malam . Tiba di Stesen minyak Gua Musang. Van yang dipandu adik ipar > meragam dan terpaksa meminta bantuan polis peronda di Gua Musang untuk > bertanya formen kereta. Pegawai polis itu kebetulan kenal formen di situ > dan beliau telah tolong memberitahu kepada formen berkenaan tentang ada > kerosakan kereta untuk dibaiki dengan segera. > Formen tersebut mudah berkira dan datang . Selama kira-kira tiga jam baru > van yang dinaiki boleh meneruskan perjalanan semula iaitu lebih pukul 2 > malam , 19 Jun. > > Sampai di bukit selepas gua musang, van tersangkut-sangkut, tapi mujurlah > dapat meneruskan perjalanan dengan lancar selepas itu. > > Pukul 6.30 pagi sampai di Genting Sempah dan berhenti di situ seketika > untuk tambah minyak. > > Perjalanan diteruskan dan kami tiba ke Shah Alam kira-kira 7.30 pagi. > Setelah mencari beberapa ketika kami tiba di MSU dan mendaftar anak yang > akan mengaji di situ selama 2 tahun. > > Pukul 12.30 tgh 19 Jun sementara anak masuk ke asrama dan urusan > pendaftaran masuk serta taklimat. Kami bertanya pak cik jaga di MSU di > Seksyen 13 Shah Alam berkenaan rumah penginapan untuk ditumpangi semalam. > Kebetulan dia ada simpanan nombor telefon untuk dihubungi. > > Kami yang terdiri daripada saya, Adik, Adik ipar, dua orang anak dan dua > orang anak saudara menuju ke homestay di Bandar Baru Seksyen 7 Shah Alam > kerana hampir semuanya merasa begitu mengantuk kerana tak cukup tidur. > Lebih lagi adik ipar yang memandu tidak sedikitpun berkesempatan untuk > melelapkan mata. > > Isteri masih menunggu anak di MSU. Kami tertidur semuanya di homestay yang > disewa selama sehari itu. Pukul 3.40 saya dan adik ipar pergi lagi ke MSU > untuk membawa barangan anak ke asrama. Kami , Saya , Adik ipar dan isteri > mengikuti bas yang membawa pelajar ke asrama. > > Anak mendaftar di asrama yang terletak agak jauh juga dari tempat belajar. > Semasa di MSU tadi seramai 60 orang yang diterima masuk belajar di sini > dengan tajaan JPA . Dari jumlah itu dianggarkan lebih 10 peratus adalah > pelajar dari kelantan. 6 orang dari SMTFP (SMK Tengku Mohd Faris Petra) . > > Di asrama , anak saya ditempatkan di tingkat 4 bersama 7 pelajar lain. > Salah satu dorm Asrama itu ada tiga bilik dan anak saya di bilik yang > menempatkan 3 pelajar. 2 daripadanya dari Kelantan dan seorang pelajar > dari Negeri Sembilan yang kebetulan rakan maya di YM nya yang dikenali > secara maya sebelum ini. > > Dari lapan orang pelajar itu, 3 orang berbangsa cina dan 5 Pelajar Melayu. > Walaupun agak ramai juga pelajar india yang mendaftar tadi, tapi tak ada > yang ditempatkan di dorm asrama bersama anak saya ini. > > Setelah urusan mendaftar di asrama selesai, kami balik ke tempat > penginapan di Seksyen 7 SHah Alam. Kebetulan di situ dekat dengan > pasaraya Bintang. Kami berehat dan ke pasaraya Bintang. > > Petang itu saya sempat hubungi Rakan Penulis Sdr Zakaria Busu yang kini > tinggal di Puchung. Zakaria kata dia akan datang jumpa saya pada malam > nanti. > > Pada malam kira-kira 9.00 malam Zakaria hubungi saya yang beliau akan > datang. Mungkin keterangan saya tidak begitu jelas tentang tempatnya, agak > sukar juga sdr. Zakaria mencari . Bagaimanapun akhirnya dapat juga bertemu > Zakaria BS , (seorang penulis yang kembali). > > Dalam perjumpaan tersebut kami bincangkan untuk berjumpa Sdr. Manzaidi > (Sinar Harian Edisi Selangor). Setelah bertanya lokasi , kami menuju ke > sana. > > Saya dan Zakaria berjaya menemui Manzaidi di kediamannya dan kami berbual > agak panjang di sebuah gerai berhampiran kediamannya. Pelbagai cerita yang > menarik dibualkan hingga dekat jam 1 pagi 20 Jun. > > Pagi 20 Jun kami sekeluarga tidur agak memanjang juga kerana rasa letih > dalam perjalanan dan tidur masih kurang cukup lagi. > > Jam 3 petang kami mula meinggalkan Shah Alam dan menuju ke Putrajaya . Nak > cerita pun malu juga, kerana saya sebelum ini belum lagi pernah ke > Putrajaya. > > Kami berpusing-pusing di Puterajaya selama kurang lebih dua jam sambil > melihat susasana di sana. > > Kami kemudiannya keluar dan menuju jalan pulang . Kami selamat sampai di > Rumah di Kok Pasir pada pukul 4.00 pagi Sabtu, 21 Jun 2008. > > Dalam perjalanan ini saya dapat melihat beberapa perkara yang pastinya > penting untuk saya memikirkannya. > > Ediramle Ismail > 21 Jun 2008 > > >
