Ketika menulis catatan ini, Pakdo merasa begitu aman damai sekali. Angin dari kipas dinding berjenama Khind bertembung dengan angin dari luar jendela yang menerpa. Bertembung perlahan di bahu dan pipi tua pakdo yang masih kelihatan ceria walaupun semakin dimakan usia .
Cuaca elok yang membiru di langit membuatkan pakdo terangsang sekali untuk mewarnakan perasaan pakdo yang indah seperti pelangi ini di kanvas komunikasi ict ini. Alhamdulillah, pakdo bersyukur kerana masih dipanjangkan usia dan masih dapat menikmati hidup di satu-satunya negeri dan negara pakdo yang sungguh aman damai ini. Pakdo rasakan seperti pakdo dan rakan-rakan pakdo sedang bermain-main dan berlarian saling mengejar dan dikejar seperti anak-anak kecil. Kemudian berehat dan saling ketawa. Hebat sungguh permainan hidup ini. Berpasangan-pasangan, yang lari dikejar. Ada yang naik dan ada yang turun, ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang cantik dan ada yang molek. Pelbagai sungguh. Negara pakdo aman damai sungguh dan rakyatnya sungguh cekal menjalankan tugas untuk meneruskan usaha mengumpul kejayaan dan kecemerlangan untuk dibekalkan kepada anak cucu cicit di masa mendatang. Sehari dua ni , berduyun-duyun anak-anak dan saing-saing pakdo menghantar anak melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi . Bukan ratusan orang , malah ratusan ribu orang pelajar yang berjaya mendapat tempat. Di tangan merekalah antaranya terletak kecemerlangan, keterbilangan anak bangsa pakdo yang terkenal dengan sifat baik hati dan berhati murni serta berfikiran jernih. Pakdo nak ucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan itu. Kerana dengan ilmu yang bakal diperolehi nanti, anak cucu saing pakdo itu akan mengamalkannya bagi menambah yang ada dan memperbaiki apa yang kurang. Lega sungguh perasaan pakdo , kini selapang sawah yang terbentang luas kerana rakyat hidup begitu aman, mereka boleh menjalankan kerja-kerja mereka tanpa terganggu, tanpa terhalang dan mereka boleh memperkayakan diri dan keluarga dengan semahu-mahunya tanpa ada sesiapa yang menafikan usaha itu. Walaupun pakdo belum berjaya, tapi pakdo tetap merasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dinikmati oleh saing-saing pakdo semuanya. Pakdo juga, melihat perkembangan teknologi ICT juga semakin mendapat sambutan, semakin berkembang dari hari ke sehari dan anak cucu pakdo semakin pandai dan ini semakin memudahkan urusan kehidupan seharian. -- Hormat selalu daripada Pakdo ------------------------------------ Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com . Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
