Ketika pakdo menanti saing-saing seangkatan pakdo datang, kali ini pakdo didatangi abah tok. Mungkin sekali pakdo tak kenal abah tok sebelum ini. Bagaimanapun setelah abah tok menulis berkenaan Mencari Kedamaian di hati, pakdo merasa terpanggil sungguh kerana pakdo hari ni sememangnya dalam keadaan hati yang damai dan tenang sekali, setenang air di kolam belakang rumah pakdo yang jernih airnya.
Saing-saing pakdo semuanya baik-baik belaka, ini membuatkan pakdo sentiasa tersenyum, batin pakdo tersenyum, jiwa pakdo tersengih. Dengan senyuman batin dan jiwa membuatkan pakdo merasa segar dan sihat serta sentiasa bersemangat . Ingin sekali pakdo berada di kondisi alpha dan theta ini, agar pakdo dapat menyarankan diri pakdo supaya pakdo memandang dengan mata yang positif terhadap sesuatu. Tok Abah, melalui catatannya merasa bimbang dengan kedamaian tercalar oleh perbuatan orang lain. Dalam hal ini pakdo tidak bimbang sangat kerana pakdo kira siapalah pakdo untuk bimbangkan tentang keburukan orang lain. Bimbangkan kekurangan orang lain sepertilah pakdo ini sudah sempurna dan lengkap dan tidak banyak kesalahan dan kesilapan lagi. Bagaimanapun pastinya kebimbangan ayah tok ada juga asasnya, kerana ayah tok mahukan anak bangsanya menjadi anak bangsa yang berdisplin dan berpakaian sopan, berkelakuan sopan. Tidak mendahului bangsa-bangsa yang telah maju yang telah meninggalkan sebahagian daripada adat dan nilai-nilai murni sebagai seorang insan. Pakdo gembira sekali bila lihat ramai anak cucu saing pakdo yang sekarang sudah berubah, berubah menjadi insan yang menjadi. Mereka kebanyakannya berilmu dan bersopan santun, berbudi bahasa sungguh. Selain berbudi bahasa mereka juga kelihatan cantik-cantik dan manis sekali. Anak bangsa pakdo adalah mereka yang dikurniakan paras rupa yang cantik dan baik hati, bersopan santun, hormat menghormati antara sesamanya sejak dari turun temurun. Inilah anak bangsa pakdo yang pakdo sangat sayangi. Anak bangsa pakdo tidak berkulit terlalu hitam dan tidak juga terlalu putih. Ia pertengahan , anak bangsa pakdo tidak berbadan terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Banyak sekali berada di pertengahan. Pakdo perrnah dengar orang berkata, kiranya kita berada di tengah, itu bermakna kita tidak lagi sebagai berjaya, untuk berjaya kita mesti berada di hadapan. Jadi pakdo ingin mengetatkan cawat dan berlari bersama-sama anak cucu pakdo ke arah kemajuan dan keamanan serta kedamaian. Salam hormat daripada pakdo. Selamat bersaudara diucapkan kepada Abah tok dan saing-saing pakdo yang yang lain. Pakdo sentiasa ingat pakcu, ayah ngah, ayah su, tokki, tok ayah dan semuanya. Pakdo Kelantan, 2 Julai 2008 On 7/1/08, Tok Abah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Saya rasa tercuit membaca luahan kedamaian yang dirasai oleh saudara > Ediramlee. Alangkah damainya kalau semua orang dapat berkungsi perasaan > bagitu. Kedamaian adalah hak individu tetapi terpalit dengan perasaan dan > perbuatan orang lain. Kedamaian menikmati keindahan bandaraya Islam sebagai > contoh, akan terpalit apabila di celah oleh perbuatan atau kelakuan remaja > zaman ini. > Apa tidaknya kalau ayahtok sedang bersenang-senang di perhentian bas > Jalan Hamzah, menimakti keindahan waktu senja, sambil menunggu kepulangan > anaknda daripada KL petang semalam, terasa terganggu dengan gelagat remaja > yang ayahtok sendiri tidak faham, di tahap manakah pemikiran remaja kini ?. > Di tahap manakah pengajaran agama yang ada pada remaja dan keluarga remaja > itu sendiri? Di tahap manakah kefahaman remaja tentang pengajaran guru, > kalau remaja itu pernah berguru. > Ayahtok pernah bayangkan, kalau kerajaan boleh mengistiharkan MBKB > Bandaraya Islam, dengan hasrat yang bagitu murni, ingin melihat suatu > perkembangan bandar yang terhindar daripada segala gejala mungkar dan > maksiat, kenapa penduduknya atau di tahap yang sangat rendah, belum memahami > makna pakaian, matlamat pakaian, makna aurat, kenapa Islam menyuruh umatnya > menutup aurat dan berbagai-bagai persoalan lain seperti adab pergaulan, > kebersihan dan sebagainya. > Anak perempuan ayahtok yang ditunggu-tunggui ni dah kena sekali. > Maklumlah orang duduk di KL, gaya pakaiannya mestilah gaya KL. Pernah > ayahtok warning, kalau balik pakai seluar jean, abah akan hantar ke Ketik > Kok Seraya. Itulah pegangan kita. Tetapi pegangan ayahtok, orang tua nii > sudah melampaui dua zaman. Kalu seluar jean pada masa ayahtok luar biasa, > tetapi hari ini, pakaian bagitu sudah memenuhi kedai pakaian seperti kadai > hari-hari. > Mungkinkah zaman lampau akan kembali. Remaja berpakaian sopan, bergaul > santum dan menghormati orang tua seperti ayahtok. Alagkah damainya di hati > kalau keadaan bagitu boleh berulang lagi.... > -- Hrmat selalu daripada Pakdo ------------------------------------ Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com . Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
