Dikir Barat Kepenggunaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Negeri Kelantan bersama Kawasan Rukun Tetangga Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan , bertempat di Padang bola sepak SK Kok Pasir telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada malam 4 Julai 2008.
Pihak KRT Kok pasir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terbabit dalam menjayakan program ini. Perjalanan program lancar dan berjaya capai metlamat kehadiran serta pengisiannya. Dianggapkan kurang lebih 2,000 penduduk Kampung Kok Pasir dan kampung-kampung sekitar turut menyaksikan dikir barat yang bertema kepenggunaan ini. Juara yang mempersembahkan dikir barat itu , Zaidi Buluh Perindu dan Rozi Kemam Berduri. Manakala tukang karutnya terdiri daripada Tuan Kob Raja Saring, Pak Ku Kamal, Mat Yie Kota Raya dan Napi Padang Kala. Dikir barat ini turut mencabar minda penonton dengan kuiz-kuiz berkaitan kepenggunaan yang disampaikan dari masa-kesemasa berdasarkan apa yang diperkatakan oleh tukang-tukang karut semasa persembahannya. Hadiah berbentur hamper diberikan kepada mereka yang menjawab dengan betul soalah yang dikemukakan. Dikir barat selain sebagai satu budaya masyarakat di kelantan ia juga berperanan berkesan dalam menyampaikan info-info dan maklumat berkenaan sesuatu isu semasa. Dikir barat masuk percuma bertema kepenggunaan ini turut diisi dengan taklimat pihak polis dari segi keselamatan. Dari segi Keselamatan dikir barat ini turut dibantu oleh pihak rela, Skim Rondaan seluruh negeri Kelantan dan pawagai-pegawai polis sendiri. Kerjasama semua pihak membuatkan program yang dianjurkan berjaya dengan baiknya. Ediramle Ismail Ketua unit ICT KRT Mukim Kok Pasir. http://www.kokpasir.com ------------------------------------ Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com . Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
