Pakdo mari lagi ni,  adik kakak saing-saing pakdo semoga semuanya berada
dalam tenang dan damai sentiasa.

Pakdo mari petang ni nak bercerita dengan  saing-saing pakdo berkenaan
buah-buahan. Pakdo suka sangat makan buah-buahan , kebanyakan buah pakdo
suka . Pakdo suka makan durian, pakdo suka makan rambutan, dan pakdo suka
buah salak madu , buah mata kucing , buah dokon  dan buah-buhan tempatan
lainnya juga buah-buahan  tidak tempatan pun pakdo suka juga.

Sekarang ni pakdo tengok , buah-buahan semakin banyak dijual di pasar-pasar
dan di gerai dan bermacam pulak tu. Pakdo mendongok ke atas pokok di kebun
saing-saing pakdo , pakdo nampak buah-buah rambutan sudah mula nak masak,
buah durian juga sudah ada yang luruh, buah dokon juga sudah ada setangkai
dua yang masak , buah-buahan lain juga juga mulai banyak sekarang . Syukur
sungguh pakdo kerana tahun ini cuaca yang seperti tidak menentu tapi
membekalkan air yang mencukupi untuk pokok-pokok. Pokok-pokok sungguh subur.

Pakdo rupanya hidup di sebuah negeri dan negara yang tanahnya subur, yang
cuacanya baik dan yang terselamat daripada malapetaka alam semulajadi
seperti gunung berapi dan gempa bumi.

Negeri dan negara  pakdo juga  rupanya  begitu aman damai, seakan tenangnya
air yang mengalir di sungai Kelantan. Dengan keamanan itu pokok-pokok turut
merasa keamanannya. Inilah manfaatnya kesan positif daripada pemikiran
saing-saing pakdo berupaya menyuburkan pohonan yang menghijau  dan berbuah
lebat pulak tu.

Juga senyuman yang meranum di bibir saing-saing pakdo  boleh mamaniskan
buah-buahan di kebun saing-saing pakdo. Fikiran yang teang dapat
mendinginkan suasana hangat malam. Pemikiran positif boleh mempengaruhi
orang lain dan keadaan setempat.

Pakdo kelmarin bersama makdo dan anak cucu sempat makan pulut durian yang
walaupun pakdo tak miliki kebun , hasil usaha saing-saing pakdo dapat juga
pakdo rasai. Hasil usaha palbagai pihak bercantum di rumah pakdo dan pakdo
sekeluarga dapat pula menikmatinya dengan enak sekali.  Hasil mereka yang
menanam padi, mereka yang menanam kelapa, mereka yang menanam durian dan
mereka yang mengusahakan gas masakan, mereka yang menyediakan air bergabung
menjadi satu.

Pakdo ucapkan terima kasih kepada mereka dan bersyukur kepada Allah atas
kurniaNya yang tidak terbandingkan dengan apa sekalipun.

Pakdo harapkan saing-saing pakdo , bila dikurniakan banyak rezeki dan dapat
menikmati apa saja buah yang diingini , makanlah secara yang bijak dan tidak
membazir , juga ingatlah juga orang lain yang mungkinnya mereka tidak dapat
makan buahan sepertimana yang mereka inginkan. Anak cucu mereka tidak sempat
mengecapi buah-buahan bermula dari bermula musim hingga ke akhir musim.
Alangkah .


Pakdo gi dulu deh.




-- 
Hormat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke