Saing-saing pakdo sekeliannya.
Hari ini kita dah hampir mendekati pertengahan Ramadhan bulan mulia ini.
Semoga saing-saing (rakan-rakan)  pakdo semuanya dalam keadaan sihat dan
sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, Pada bulan puasa tahun ni , pakdo dalam keadaan sihat dan
tenang sekali. Pakdo merasa lebih sihat  dan lebih tenang dari selalunya .
Mungkin antaranya disebabkan setelah pakdo mendapat beberapa petua nasihat
daripada saing sahabat pakdo supaya sentiasa berfikiran positif.

Katanya dengan berfikiran positif kita akan merasa tenang dan damai selalu
disamping mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa.

Kata sahabat pakdo tu, kita tidak boleh biarkan fikiran negatif menguasai
diri , kerana bila perasaan dan fikiran   negatif bersarang dalam jiwa kita,
ia akan memadamkan pemikiran positif yang ada di situ ini membuatkan kita
akan kembali semula ke tabiat asal. Dan jiwa kita akan merasa tertekan dan
tidak tenteram setelah dipengaruhi oleh perasaan pelbagai seperti hasad
dengki, tamak haloba, niat buruk, berperangsangka buruk, tidak ikhlas dan
sebagainya.

Pakdo sedar yang dalam hidup ni , kita adakalanya menjadi besar dan
adakalanya kita menjadi begitu kecil di mata dan di anggapan orang atau diri
sendiri.

Ketika menjadi besar pakdo sepatutnya tidak merasa sombong diri dan semasa
menjadi kecil pakdo seharusnya tidak merasa rendah diri dan merasa amat
kecewa. Di sinilah peranan pakdo untuk memujuk hati dan memperingatkan diri
pakdo sendiri.

Apakah ini satu putaran roda hidup atau apa umpama yang boleh dinamakan.
Adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo diuji dengan pelbagai ujian dan
adakalanya pakdo dan saing-saing pakdo juga diuji dengan ujian kesenangan
dan kebahagiaan.

Bukan sahaja kesakitan dan kesukaran itu ujian, tetapi juga kesenangan dan
kesoronokan juga berupa ujian. Pakdo kena berhati-hati melalui hidup ini
agar pakdo tidak tersilap laluan yang membuatkan kehidupan berakhir dengan
apa yang tidak diinginkan.

Semoga ketenangan yang pakdo lalui ini akan berterusan dan kedamaian yang
pakdo rasai ini akan berkekalan.

Sempena bulan mulia ini pakda nak berpesan terutamanya kepada pakdo sendiri
agar
Jangan membazir  di bulan puasa dengan makanan yang berlebihan dan pilihlah
makanan yang berkhasiat kerana dengan makanan berkhasiat dan halal itu akan
mempengaruhi jiwa dan minda kita dan juga minda anak beranan serta keluarga
tercinta.



Selama berpuasa dan selamat berbuka.



Hormat selalu daripada pakdo

Kirim email ke