Mohon sedikit laluan untuk makluman.

Sukacita dimaklumkan kepada Warga Perantau serta keluarga yang berasal
dari Kg. Kok Pasir, Tumpat, Selehor, Kg. Hutan Jambu, Kg. Kolam Teratai
dan Kg. Belian, Tumpat,  Kelantan tuan/puan dengan hormatnya dijemput
menyertai

PROGRAM TAUTAN KASIH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2008  seperti berikut:


TARIKH:  2 OKTOBER 2008 (KHAMIS)

MASA:    3.00 PETANG - 6.00 PETANG

TEMPAT:  PADANG SK KOK PASIR, TUMPAT.


Pengisian

-Majlis ramah mesra Hari Raya
-Sukaneka - (Bola Awal, Decak, Sepak Likung, Tikam Para, Selambut, main guli)

-Antara Kuih muih dan buah-buahan yang disediakan .
 - Tepung Pelita , Tepung Bungkus , Tapai daun getah, ketupat daun palas
Coklat manisan, Sa'gung , Buah keriat, buah kerian, kacang butir


TUJUAN

(i)     Merapatkan hubungan yang sedia terjalin antara penduduk Mukim Kok
Pasir, tumpat yang menetap di kampung laman dan mereka di perantauan.

(ii)    Memesrakan antara masyarakat  di mukim Kok Pasir, Tumpat dalam
suasana kekeluagaan dan persaudaraan.

(iii)   Mengongsi  pengalaman dan peluang ekonomi antara penduduk yang
menetap di kampung dengan mereka di perantauan.


* yang dimaksudkan dengan perantau di sini, tidak mengira di mana tempat
tuan/puan kini berada, sama ada dekat maupun jauh, di luar kampung, di
luar daerah, di luar negeri maupun di luar negara.



Ediramle Ismail
Pengerusi Unit ICT
Kawasan Rukun Tetangga,
Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.



------------------------------------

Egroup ini dikendalikan oleh Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir,Tumpat, 
Kelantan http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke