Hari ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3 buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih sempat berbual-bual.
Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat. Pukul 3.00 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni. Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh tahan juga memberi sokongan terhadap program ini. Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk dan juga wakil perantau mukim kok pasir. Satu acara yang telah sekian lama difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung. untuk kali pertama ini anugerah sukarelawan mukim kok pasir diberikan kapada Allahyarham Hj.Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya) , bekas seorang aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini. Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun. Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan dipertingkatkan. jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu). Selepas itu jamuan hari raya dimulakan . Antara kuih yang sempat disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan), dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional. Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk mengembalikan kenangan kepada perantau. Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan ditempatkan pada pautan http://tautankasih.pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com dah nak penuh) http://tautankasih.pesisir.net juga lihatlah makanan sagung yang dimaksudkan. sebagai hidangan istimewa majlis tautan kasih http://tautankasih.pesisir.net/image12.html ------------------------------------ Egroup ini dikendalikan oleh Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir,Tumpat, Kelantan http://pusatsumber.kokpasir.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
