Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu kini Medan Infodesa Mukim Kok Pasir (MID) telah dibuka untuk melaksanakan peranannya yang antaranya adalah sebagai tempat kursus ICT dan komputer.
Dengan kemudahan tempat yang agak baik sekarang termasuk talian streamyx telah masuk bolehlah rakan-rakan bersama saya merancang kursus yang berkaitan yang diperlukan bagi menambah tahap kecekapan penguasaan ICT. Kebetulan pula untuk sementara ini, saya diberi kepercayaan untuk membantu pengurusan MID ini sebelum mendapat seorang pengurus yang tetap. Dalam bulan Disember ni bolehlah kita adakan kursus yang sesuai dengan kos yang agak rendah. Kiranya ada yang berminat bolehlah cadangkan kursus yang ingin diadakan . Kalau kursus fotografi juga rasanya boleh. Mulai 16 November 2008 Kursus Literasi Komputer Desa akan diadakan 4 hari dalam seminggu selama 24 hari. Ianya membabitkan hari Ahad hingga Rabu, atau Isnin hingga Khamis. Hari jumaat dan Sabtu masih ada ruang. http://www.kokpasir.com Ediramle Ismail
