Sebuah catatan akhir tahun Tahun 2008 akan meninggalkan atau akan berlalu dalam sehari dua lagi semasa catatan ini dibuat.
Bagi saya 2008 adalah antara merupakan satu tahun yang begitu beragam baik dalam pengalaman maupun dalam jiwa peribadi sendiri. Beberapa perkara baru ditemui dalam perjalanan ini yang sebelum ini tidak terpandang dan terlihat maupun terlintas dalam fikiran. Awal tahun 2008 katanya nak mengurangkan aktiviti dalam persatuan . Tapi hasrat itu hanya separuh tercapai sahaja kerana masih juga ikuti aktiviti persatuan seperti biasa terutamanya di peringkat kampung. Entah dari mana timbul idea, awal tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar. Hal ini agak serius juga hingga berusaha mengumpul bahan-bahan yang berkaitan baik melalui buku-buku atau melalui tulisan di internet. Memandangkan bidang ini begitu luas dan banyak cabangnya ianya tak sempat dipelajari semuanya dan buku-buku yang dibeli sebahagian daripadanya belum habis dibaca dan apa lagi diamalkan . Memandangkan kuasa minda tu begitu banyak cabang dan rantingnya hingga sempat seketika singgah di ranting aura. Dari aura diketemui antaranya batu-batu permata. Dalam sebulan dua ni terus saja cuba memahami permata (kristal) dan mulalah mengikuti langkah pengemar permata singgah di lorong-lorong , di kedai dan gerai batu permata yang agak banyak terdapat di Kota Bharu . Tapi memandangkan tidak memiliki sumber kewangan yang baik tidaklah dapat miliki yang harga ribuan ringgit , cuma yang puluhan ringgit saja. Tapi sebetulnya kalau mengikut yang aura tu, tak perlu sangat batu yang berharga mahal seperti Delima atau Zamrud dan nilam , boleh saja guna batu kristal yang murah seperti kecubung (amatis), akik, rose quarz, jade , ambar, topaz, lapis lazuli, citerine dan juga pirus. Mengapakah ini terjadi. Sebetulnya mungkin jiwa telah berkata yang usia kini telah semakin mendekati ke senja dan ketika ini masalah kesihatan telah mula dirasakan. Hasil daripada signal-signal yang diberikan itu seseorang telah mula kehilangan permata yang berharga dalam dirinya sedikit demi sedikit iaitu permata kesihatan tubuh badan . Bila tiba di usia ini mulalah tubuh menjadi lenguh , dan penyakit mula menyerang di sana sini, di segenap tubuh badan. Ada yang terkena tekanan darah tinggi, ada yang kencing manis, ada yang batu karang, ada yang medu ada yang hidapi masalah jantung , buah pinggang dan ratusan masalah kesihatan lainnya. Jadi secara tidak sedar jiwa mengarahkan tubuh untuk mencari penawar bagi mengekalkan kesihatan seperti ketika remaja dan ketika dalam usia 40 puluhan Yang jumpa herba terus dengan herba, yang jumpa cara altenatif terus dengan cara altenatif bagi penyembuhan sekiranya terdapat sebarang kesakitan. Ketika menulis catatan ini, saya sendiri sudah lebih seminggu dihinggapi oleh selsema dan deman ringan berpanjangan terutamanya pada waktu malam. Ketika ini segantang batu permata, berkilo kismis, berkotak vitamin C, bercupak buah goji, berkilo habatus sauda tidak lagi banyak membantu. Kerana semuanya itu hanya berkesan sekiranya untuk mengelakkan daripada datangnya penyakit. Bila sudah sakit ubat yang lebih power lagi diperlukan. Sebab itu mencegah lebih baik daripada merawat. Berdasarkan daripada simton yang dirasakan, saya kira ini penyakit seduan atau resdung. Setiap tahun datangnya adakalannya sampai berbulan-bulan deman ringan dan selsema berpanjangan. Ini menggangu ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Kerana terpaksa tidur awal malam dan tidak boleh menjalankan banyak kerja dengan sempurna dan beberapa kekurangan lainnya kerana melakukan sesuatu dalam keadaan kurang selesa. Sekarang selain guna ubat dari farmasi , kini juga beli sebotol pil resdong orang kampung dan setakat ni belum lagi ke klinik atau jumpa bomoh resdung sebagai ikhtiar seterusnya. Segala ikhtiar bakal ditelan segala usaha selalu dihirup segala nasihat akan dikeman handaknya dengan ini halangan ini segera menghilang. Ediramle Tahun 2009 hendaknya menjadi tahun lebih bererti dalam hidup ini kerana pada 16 Jun 2009 saya dah masuk ke usia 50 tahun sekiranya dipanjangkan umur. ------------------------------------ Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan sila lawati http://kanopi.kokpasir.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[email protected] mailto:[email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
