Kita sering mendengar sejak akhiran ini ramai orang yang menyebut blogger dan terkadangnya tergambar pada seseorang tertentu yang barangkali tidak begitu mesra dengan internet menganggap blogger itu adalah seakan kumpulan orang yang menyebarkan perkara-perkara yang kurang murni dan mengemukakan pandangan yang menentang atau mengkritik sesuatu.
Sedangkan itu hanya sebilangan kecil sahaja dari ratusan malah ribuan penulis blog yang mungkinnya yang menulis dalam bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia.Selebihnya sebahagian besarnya mencatat sesuatu yang cukup bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan yang penting bagi membangun diri dan keluarga maupun bangsa sekalipun. Berhubung perkara ini, walaupun saya sendiri ada hasilkan puluhan laman blog dan sering menawarkan kursus bina laman blog kepada rakan-rakan dengan niat yang saya anggap sebagai murni , saya tidak gemar dipanggil sebagai blogger. Dan saya sendiri secara peribadi tidak menganggap diri sendiri sebagai blogger , malah lebih merasa sebagai seorang webmaster ( dalam laman web) atau seorang moderator (di egroups) dalam aktiviti berinternet sejak beberapa tahun yang lalu. Malah saya seperti berazam sebagai seorang pejuang ICT kampung yang ingin melihat anak-anak desa setidak-tidaknya di lingkungan kampung halaman dan daerah kediaman supaya agak terdedah dengan budaya maklumat menerusi ICT walaupun saya sering kali seakan kecewa bila setiap kali aktiviti ICT diadakan. Kekecewaan itu tidak seharusnya disusuli dengan berhenti , sebaliknya perlu dikuti dengan melipatgandakan usaha secara berterusan dengan keazaman yang tetap kukuh dan teguh. Ediramle
