Biro ICT Gerakan Daya Wawasan

Kg. Kok Pasir, 16040 Pelakbang,

Tumpat, Kelantan                                          Tel:   0129032948     
                             [email protected] 

 

                                                                                
                                                                1 November 2009

  

Kepada sesiapa yang berminat

 

 

Tuan/puan

 

Kursus Bina Laman Web Menggunakan Joomla 

 

 

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput untuk menghadiri Kursus Bina Laman Web 
Menggunakan Joomla seperti berikut:

 

                Tarikh:     7 November 2009  (Sabtu)

 

                Masa:       8.30 pagi - 4.30 petang

 

                Tempat:  Medan InfoDesa Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

 

               

2.    Untuk mengikuti kursus ini pihak kami mengenakan yuran pendaftaran 
sejumlah RM 35.00 (tiga puluh lima) bagi menampung

 kos perbelanjaan termasuk sewa MID,  sijil  serta makan dan minum semasa 
kursus dijalankan.

 

3.    Sukacita kepada tuan/puan yang memiliki laptop sendiri sila bawa semasa 
kursus  tersebut di atas.

 

4.    Untuk mendaftar sila hubungi saya (Ediramle Ismail) melalui sms , telefon 
 0129032948 atau

 e-mel [email protected] sebelum hari Rabu 4 November 2009. Penyertaan 
adalah terhad.

 

5.    Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menambahkan lagi kemahiran dalam 
membina

laman web dengan menggunakan Joomla.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Saya yang menjalankan 

 

 

T.txxxxxxxxxxxx

Ediramle Ismail

Pengerusi Biro ICT GDW Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.







*

Apa itu Joomla? 

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan 
secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP 

untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan 
Pangkalan data MySQL.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, 
RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan 
bahasa-bahasa.

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud 
"mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya".

 Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek 
berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) 

diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 
4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan 

keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan 
pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah

kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.   - petikan daripada 
Komuniti pengguna Joomla.


Kirim email ke