Malam tadi  (14 Nov 2009 ) semasa program Festival Dikir Barat Perpaduan Jiran 
Muda Rukun Tetangga Daerah Tumpat bertempat di Pejabat  Perpaduan Daerah 
Tumpat,.
saya telah tercicir talefon bimbit berserta simcard 0129032948 yang saya 
gunakan.

Saya sedar kehilangan itu dalam perjalanan balik kira-kira jam 12 malam dan 
rakan cuba dail ke no telefon saya itu, tapi tiada jawapan.
Pagi tadi pagi-pagi  lagi saya dail beberapa kali, tapi tidak ada nada 
panggilan masuk seperti simcard telah dikeluarkan atau telefon ditutup. 
Kehilangan itu adalah atas kecuaian saya sendiri.
Telefon yang hilang jenama Motorola yang dibeli telah agak lama , semasa dibeli 
dulu harganya seratus lebih sahaja.  Yang lebih penting lagi ialah nombor 
telefon dan senarai nombor telefon yang sentiasa berhubung.

Saya ambil keputusan segera. Ambil cuti sehari dan uruskan untuk dapatkan 
semula nombor telefon 0129032948 untuk memudahkan dihubungi oleh saudara mara 
dan rakan-rakan tanpa menukar ke nombor lain.

Pukul 9.30 pagi ke Kota Bharu dan kena korek apa yang masih berbaki untuk beli 
telefon baru.  Selepas korek baki saya terus ke pusat khidmat Maxis di Jalan 
Kebun Sultan untuk melaporkan keterciciran dan bagi mendapatkan simcard baru 
dengan nombor yang sama.  Sebaik saja melangkah ke pusat tersebut saya dapat 
merasakan ketenangan di situ, warna dinding dan suasana dalaman berwarna tenang 
, tidak merah menyala seperti dulu-dulu.  Sejak akhiran ni saya menjadi alahan 
kepada warna yang merah menyala dan kuning membara.

Perkhidmatan yang cukup ramah dan mesra pengguna. Pengawal keselamatan yang 
bertugas di situ bertanya dengan ramah dan bila diberitahu masalah beliau terus 
memicit butang nombor giliran dan menghulurkan kertas giliran  kepada saya .  
Tempat menunggu juga selesa , kaunter juga dalam keadaan selesa dan terbuka. 
Saya perhatikan petugas-petugas di kaunter juga semuanya ramah dan bercakap 
dalam bahasa yang lemah lembut.  Tak sampat 5 minit menunggu nombor giliran 
saya dipanggil. Saya ke kaunter no 2, kaunter itu cukup terbuka dan tidak 
dihadang oleh sebarang cermin. Dengan ramah sekali petugas bertanya masalah. 
Saya kata simcard hilang dan nak dapatkan yang baru dengan nombor yang sama.  
Tanpa banyak soal,  hanya beberapa ketika saja urusan dibuat dan diselesaikan 
dengan capat dan mudah. Kata petugas di situ sejam lagi nombor itu akan aktif 
semula. 

Selesai urusan saya keluar dan sekali lagi diucapkan terima kasih oleh  petugas 
kaunter dan pengawal keselamatan di situ.  Saya cukup berpuas hati dengan 
keadaan seperti ini.

Lepas tu saya kena pergi beli telefon bimbit yang baru menggantikan yang 
hilang.  Saya singgah di Kedai jual telefon bimbit secara rambang saja dan 
dengan tak banyak berkira saya beli telefon jenis nokia yang harganya kurang 
lebih RM 150.  

Memang benar dalam masa sejam, telefon itu telah aktif dan saya sudah boleh 
membuat panggilan dan menerima panggilan semula. Bagaimanapun semua nombor yang 
tersimpan sebelum ini telah kosong dan ianya tak mungkin lagi untuk dapat 
semula seratus peratus seperti sebelumnya. 

Sekarang saya telah kehilangan banyak nombor telefon rakan-rakan terutamanya 
kerana sebelum ini tidak banyak yang tercatat di kertas untuk dirujuk semula.

Bagaimanapun sekiranya rakan-rakan yang ingin hubungi saya boleh teruskan 
menghubungi nombor sama seperti sebelum ini iaitu 0129032948 .











Kirim email ke