Tahniah diucapkan kepada sahabatku sdr. Supian kerana dalam ribuan pakar dikir 
barat , sdr terpilih untuk menghakimi Dikir Barat peringkat kebangsaan. Ini 
satu kepercayaan yang diberikan berdasarkan kebolehan dan kepakaran dan 
kehebatan saudara.

Semoga juga sdr. lulus temuduga KPSL dan berjaya balik bertugas di Kelantan 
semula dan boleh aktif di tempat sendiri semula. Semoga kita dapat teruskan 
kegemilangan  pesisir juga.

Tahniah juga kepada kumpulan dikir yang akan bertanding. kedua-duanya dari 
Tumpat, Hassan Kok keli tu orang kg sebelah sahaja (jiran terdekat Kg. Kok 
Pasir) . Kumpulan dari Sri Istana tu dari Kg. Sri Tujuh saja . Mat Yie Kota 
Raya dari Kota Bharu, tapi sangat sering datang ke Tumpat ni, dan Tumpat 
bukanlah asing bagi Mat Yie.

Sama-sama kita saksikan pada masa dan tarikh yang sdr. Supian maklumkan di 
bawah:



  ----- Original Message ----- 
  From: Supian Hassan 
  To: [email protected] 
  Sent: Wednesday, November 18, 2009 12:08 PM
  Subject: Re: { PESISIR } PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH TUMPAT 2009 - 14 
NOVEMBER 2009


    

  1.Saksikan pertandingan akhir Dikir Barat kebangssan di RTM 1 , pada 22hb Nov 
09, jam 9.00 mlm, pertemuan Pasukan Sri Arena ( Juara Hassan Kok Keli T.Karut 
Mat Yie Kota Raya ) dengan Pasukan Sri Istana ( Juara Rodi - T.Karut Kohar ) 
Saya dijemput untuk jadi pengadil je.( Nampaklah kejap kat TV tu )

  2.Pada 24hb.Nov 2009 , saya akan menghadiri sesi temuduga  (  KPSL ) di 
Kompleks  Rakan Muda Bukit Kiara , K.L , mohon doa dari kawan-kawan supaya 
lulus dengan jayanya, Kalau berjaya kemungkinan besar tahun 2010 saya akan 
balik bertugas di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.( Unit Rakan Muda 
Negeri )


   
  2009/11/14 Ediramle Ismail <[email protected]>

      
    untuk arkib dan makluman.

    Gambar-gambar Program Sepakat Bestari Daerah Tumpat 2009

    boleh dilihat melalui

    http://anjungict.t35.com/sepakatbestari

    atau melalui pautan di http://www.pesisir.net

    juga melalui pautan di http://www.anjungict.com

    Rakaman suara akan disiarkan melalui radio web puisi pesisir dan radio web 
    Kok Pasir yang boleh didengar melalui laman http://www.kokpasir.com atau 
    http://www.pesisir.net bersiaran mula 9.00 hingga 12.00 malam (adakalanya 
    juga bersiaran di waktu siang hari) . Silakan menjenguk kiranya ada 
    kelapangan.


Kirim email ke