Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009
Kuala Lumpur 22 Nov - Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah 
wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan 
Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh 
kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara 
terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan 
hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh 
Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. 
Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang 
terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat 
kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau 
bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari 
Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat 
Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus 
asa cuba lagi di tahun hadapan.

Dipetik daripada 
http://dikirbarat.net/kumpulan-sri-arena-tumpat-johan-pertandingan-dikir-barat-kebangsaan-2009/




Kirim email ke