1. Apabila lelaki menyendiri <http://lelakiperkasa.com/>,dan menjauhkan
diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di
tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi
beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, <http://lelakiperkasa.com/> kita boleh
simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan
tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk
meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki
umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya
terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi
anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki  menyendiri <http://lelakiperkasa.com/> dan berdiam diri,
biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk
tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut,
maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam
situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki <http://lelakiperkasa.com/>selalunya dapat menyesuaikan diri
apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam
keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan
dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa
selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang
suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki <http://lelakiperkasa.com/>itu cara fikirnya makro, iaitu dia
melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian
bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah
hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup
berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau
sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan
anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk
sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu <http://lelakiperkasa.com/>,
sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya
mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.
Lelaki<http://lelakiperkasa.com/>memang berat untuk meminta maaf
terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,
wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua,
maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak
bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang
lelaki<http://lelakiperkasa.com/>ialah mereka memang suka memberi
arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.
Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri
berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh
memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter
bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki <http://lelakiperkasa.com/> memang rimas dengan leteran dan cepat
naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita
dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu
lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA
<http://lelakiperkasa.com/>menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki
dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan
lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua
kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan
dipenuhi pula oleh isteri.
www.lelakiperkasa.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"uiis4023" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/uiis4023
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke