Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari
ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang
perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin,
kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan
kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya,
ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak
berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak
sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan
karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan
masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita
yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin
kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada
jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir
menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang
berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan
di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku
di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat
Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam
yang menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya
memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada
wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik
yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup
membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun
demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek.
Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat
kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga
lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di
akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang
lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami
maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin
tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan
redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila
ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70
orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak
untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci
pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih
istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus
anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan
lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala
seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat
diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu
berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang
sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun
lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka
kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat
bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah
juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu
bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang
isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan
perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui
kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak
perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang
berada di
bawah naungan suami.
www.lelakiperkasa.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"uiis4023" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to 
[email protected]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/uiis4023
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke